Tuesday, September 14, 2010

TAHUN STPM,BANYAK BUSY...DISAMPING UJIAN.

MAKSUDNYA,KURANG MASA UNTUK UPDATE BLOG...HIHI,HARAP MAKLUM..

Saturday, June 19, 2010


Indahnya dunia yang hanya mampuku lihat melalui mimpiku,
Jauh dari kesengsaraan jiwaku yg kian ku hadapi,
Tentang dunia yang bagaikan bukan tempatku,
Namun ku sedari siapalah aku untuk mndapat keistimewaan…..

Sepi dan sayu seluruh jiwaku,
Hanya tangisan hati tidak berbunyi yang merasaianya,
Mengharapkan ada sinaran bahagia yang akan tiba,
Namun benarkah,sedang awan mendung menutupi segalanya……

Hanya senyum mampuku ukirkan,
Sedang hatiku semakin resah gelisah,
Tentang perasaan yang tak siapa tahu,
Dan kesedihan hati yang menjadi rahsia

Hanya dasar jiwa yang menceritakan segalanya,
Tentang derita yang mencengkam hati,
juga tentang sakitnya perasaan yang mengharapkan kebahagiaan,
Yang kini bagaikan impian palsu semata…..

Hanya ALLAH mampu mengubah segalanya,
KepaduMu aku bersujud,dan ku menitiskan air mata kesedihan dan kepedihan,
Mengharapkan ketabahan pada diriku menghadapi segalanya,Biarlah dunia sengsara buatku,namun berikanlah aku nikmat syurgaMU YA ALLAH………

Friday, June 18, 2010

tuDUngmu MUSlimah....



Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.

Tudung di Luar dan Dalam

Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain.


Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.
Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.


Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.

Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Sumber: Darul Nu’man

Wednesday, May 5, 2010

menJAGA HATi



Assalamualaikum…..moga dalam sihat sejahtera keatas semuanya dan juga didalam naungan rahmatNYA…

Kasihan pada kita sendiri apabila kita terpaksa untuk melawan dengan tuntutan hati yang kadang kala begitu menyeksakan. Hati manusia yang penuh dengan keinginan,tambahan pula kita diciptakan dengan nafsu. Ramai yang terkandas dalam memperjuangkan kebersihan hati dari ternoda oleh tuntutan nafsu. Kadang-kala kelalaian yang menyebabkan kita lupa akan peraturan-peraturan hidup yang diciptakan oleh PENCIPTA YANG MAHA ESA.

CINTA adalah fitrah semulajadi yang diciptakan oleh ALLAH,begitu juga fitrah manusia yang mengakui adanya ALLAH. Ianya adalah sifat semulajadi yang diciptakan oleh ALLAH,dan kita tidak berhak untuk menidakkannya..

Namun ia bukan alasan untuk kita bercinta tanpa ikatan pernikkahan. Cinta adalah fitrah bukan untuk dituruti segala kehendaknya,namun untuk dijaga kesuciannya. Kehadiran juga sebagai ujian untuk kita,untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH,yakni PENCIPTA NALURI CINTA itu sendiri….

Bila diri telah dikuasai rasa cinta yang tersangat,ia mampu mengubah diri,imej, dan perlakuan…yang tak pernah-pernah rajin ke sekolah,kini rajin ke sekolah kerana ada seseorang yang yang dicintainya disekolah. Yang dulunya seorang gangster,kini menjadi seorang yang prihatin. Yang dahulunya seorang yang miskin berubah menjadi kaya,kerana cinta juga.

Benarlah, cinta mampu mengubah seseorang…..tapi bagaimana pula cinta yang menjadikan seseorang itu lebih lalai???hmmm……bila mencintai seseorang,kita bagaikan menaruh harapan yang tinggi,dan takut akan kehilangannya. Lalu kita melakukan apa sahaja untuk menarik perhatiannya. Alhamdulillah jika kerana mencintainya prestasi pelajaran kita semakin meningkat,akhlak semakin baik dan semuanya bertambah baik. Tapi bagaimana pula kerana mencintainya semuanya menjadi kian merosot??jangan kerana mencintainya kita pasang sejuta ratus khayalan dan impian yang tidak logik sedangkan kita hanya berkata cinta tanpa mentarbiyyahkan diri.

Jadikan naruri cinta ini sebagai tarbiyyah untuk diri sendiri,jauhi mana yang bertentangan dengan akhlak tidak baik. Letakkan dihati bahawa ALLAH SWT adalah cinta pertama dan utama,kedua cinta pada Rasulullah saw,ketiga ibu bapa dan keempat suami/isteri…jagan biarkan cinta lain mengambil posisi cinta utama itu,dan posisi-posisi cinta yang sepatutnya.

Kebanyakan diantara kita,bila mencintai seseorang,kita lupa akan kesopanan dan adab-adab islam sebenar. Pergaulan tidak menentu hala,borak antara bukan mahram dengan penuh galak….kadang kala lupa akan kopiah dikepala,yang perempuan pula,lupa akan imej islamik yang ditonjolkan. Banyak diantara kita yang ber’gewe’ tanpa sedari batas-batas pergaulan….berkapel dah la satu kesalahan,berdating,jumpa sana sini,menambahkan lagi kemurkaan ALLAH. WAHAI TEMAN YANG KU SAYANGI SEKALIAN,DALAM ISLAM ITU TIADA ISTILAH KAPEL/KAPEL ISLAMIK.

Cara berkawan antara lelaki dan perempuan juga berbatas, munkin ada diantara kita yang melebelkan hubungan kawan nie sebagai ‘ukhwah islamik’….alhamdulillah jika ia benar-benar islamik.

Ukhwah islamik antara bukan mahram itu berbatas juga seperti yang ditetapkan oleh syariat. Kalau sekadar berbual kosong antara bukan mahram,tanpa tujuan,berkata-kata manjaan,ketawa berdekah-dekah,tersenyum-senyum penuh makna lalu melunakkan suara, adakah itu islamik?????

Seorang perempuan mahu meminjam buku dengan kawan lelaki sebelum itu seharusnya cari dahulu teman sejantina yang ada buku yang ingin dipinjam itu. Jika tiada,cari dahulu sesiapa yang sejantina untuk meminjam buku yang diingini itu…jika tiada juga,kerana terpaksa barulah cari teman lelaki untuk meminjam buku…sbelum tu tetapkan niat dahulu,”ingin pinjam buku,bukan ingin menonjolkan diri padanya”..

Hati wanita penuh kehalusan kasih sayang yang setia,mudah juga tergoda…lelakilah yang selalu mengambil kesempatan atas naluri wanita ini,demi memenuhi tuntutan nafsu….tidak kurang juga bertapa ramai wanita yang kecundang dibawah pengaruh cinta nafsu lelaki durjana ini.

Kasihan juga bila melihat wanita yang baik-baik dikhianati sebegitu rupa,kerana ceteknya iman dan tidak berfikir panjang,maka tergelincirlah wanita yang baik-baik tadi kelembah kejahilan..sesuatu penyesalan yang menyakitkan…..

Kerana cinta,telinga ditulikan daripada nasihat-nasihat teman yang kasihankan kita. Kerana cinta teman yang memberi nasihat tadi dijauhi…..padahal kita tidak sedar bahawa kita berada dalam kebodohan cinta.

Menjaga hati itu memang payah,setiap manusia itu lemah dan sering melakukan kesilapan…dan manusia yang paling beruntung itu adalah manusia yang bangkit dari kesilapan,dan mengambil nasihat sebagai renungan dan berubah kepada yang lebih baik. Jangan merasa bangga dengan belajar agama jika semua yang dipelajari itu tidak digunakan dalam hidup. Andai sedar dari kesilapan,tinggalkanlah keegoaan kita supaya kita tidak hidup dalam kepura-puraan lagi….dunia itu kehidupan yang sebentar sahaja,tempat untuk mengumpul bekal ketakwaan dan ketaatan kepada ALLAH..akhiratlah yang menanti kelak….semakin hari itu,semakin hampir dengan hari akhir kita. Biarlah didunia kita berpayah sedikit,asal diakhirat kita mendapat keDAMAIAN yang ABADI……=)



WSALAM………

Wednesday, April 28, 2010

taubatLAH kembali


Jahatnya lelaki yang menghasut wanita,lalu diperdayakan wanita itu untuk memuaskan nafsu. Demi kepentingan diri,masa depan wanita itu tidak dipedulikan. Dan kerana lemahnya iman,wanita itu tidak berfikir panjang,lalu tergoda lah dengan janji manis lelaki itu. Semuanya kerana nafsu.


Selapas nafsu telah dipenuhi,wanita yang sengsara penuh penyesalan dan penuh pengharapan tanggungjawab dari lelaki yang merosakkan dirinya telah meninggalkan dirinya tanpa rasa sedikit pun rasa bersalah. Katanya “engkau wanita jalang,dan mustahil menjadi isteriku”,”aku tidak dapat menjamin kesetiaan engkau kepadaku,kerana engkau terlalu mudah untuk menyerah maruahmu,tidak mustahil selepas kahwin denganku, engkau belot padaku!!!”…..walhal semuanya mempunyai sifat buruk yang sama sahaja.



Kerana tidak kukuhnya iman dan cinta pada ALLAH,tuntutan hati dan nafsu diikuti satu persatu tanpa memikirkan hari-hari yang akan datang. Maruah diketepikan begitu sahaja. Hari-hari gelap yang bakal ditempuhi langsung tidak difikirkan. Then akhirnya timbul penyesalan yang amat sangat-sangat..jalan paling baik untuk golongan ini ialah bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya… ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN.


JADIKAN HARI LALU SEBAGAI PENGAJARAN……jadikan kejahilan masa lalu sebagai peringatan untuk menempuhi hari-hari yang akan datang. Kuatkan diri dengan cinta ALLAH. Dan jauhi pergaulan bebas dan juga daripada lelaki yang pernah rosakkan kita kecuali dia juga dalam kesedaran,maka sedarkanlah dia mengikut batas-batas.


USAH TERUS BERPALING MELIHAT HARI-HARI LALU kerana munkin perasaan dan tujuan berubah…munkin kepada dendam atau rindu,melainkan ia untuk tujuan mentarbiyyahkan diri.


MERENUNGI KASIH SAYANG ALLAH…….ALLAH SWT telah memberi hidayah kepada kita untuk berubah,jadikan kasih sayangnya sebagai cinta ALLAH yang kuat untuk teruskan hidup. Orang –orang yang diberi hidayah adalah golongan yang sangat beruntung kerana tidak semua yang dapat kesedaran ini, jadi gunakan kesedaran ini sebaik-baik munkin supaya hati tidak lagi terjebak dengan masa lalu.


DUNIA HANYA SEMENTARA,DAN AKHIRAT ITU SELAMANYA….jika didunia kita ingkari segala perintah ALLAH,mustahil kita dapat kebahagiaan diakhirat,jadi jagalah hati dan pertahankan maruah.


JANGAN TERLALU SALAHKAN DIRI,kerana munkin akan timbul perasaan putus asa dan hilang semangat untuk teruskan hidup. Ingatlah bahawa ALLAH itu MAHA PENGASIH dan segala keperitan hidup itu satu ujian untuk kita…..patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata”kami beriman;sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?”-surah AL-‘ANKABUUT,AYAT 2….


DAN BERUBAHLAH,SELAMLAH DALAM KEHIDUPAN DENGAN PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH,kerana jika agama dijadi pegangan hidup yang kukuh,maka terlindunglah kita dari kemunkaran. Jadikan kehidupan baru ini dengan penuh kesabaran dan jiwa rohaniyah yang mantap. Pedulikan kisah masa lalu dan jangan terlalu merasa hina kerana masa lalu, sesungguhnya ALLAH menyanyangi orang yang berdiri dijalan kebenaran dan yang ingin berubah ke arah kebaikkan. Munkin susah untuk merubah dan banyak ujian untuk ditempuhi,namun bersabarlah…….sesungguhnya syurga itu adalah kehidupan yang tersangat indah…tidak rindukah kita pada syurga??



Wahai wanita,ciptaanmu seindah bidadari,kau adalah tulang belakang pada lelaki,usahlah merandah-rendahkan maruahmu semata-mata hanya untuk tuntutan nafsu lelaki iblis. Kerana tingginya martabat wanita itu terletak pada budi perketi dan maruah. Pertahankan maruahmu. Lindungi kulitmu dari disentuh oleh bukan mahram. Jaga auratmu supaya tiada mata syaitan memandangmu penuh syawat. Rendahkan suaramu supaya tiada geseran nafsu. Dan penjaralah nafsumu supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat………sesungguhnya, RASULULLAH SAW pasti sedih melihat keadaan umat islam sekarang.



Wsalam………………………

Friday, April 16, 2010

TaG.aWArD=D


ASSALAMUALAIKUM......,moga smua dalam kesejahteraan dan sehat2 yea...huhu
alhamdulillah,first time blog sye dpt award tanpa disangka-sangka...time kasih kepada tuan punya blog http://taniameow.blogspot.com/ atas perhargaannya......


pertama kali sye memohn maaf sbb lmbat kuarkn post tntng award nie....mklum la,xpandai nk buat....huhu...

moga kehdiran blog nie dpt sedikit sbanyak memberi pngetahuan dan pengajaran...blog ini juga untk mngupas isu-isu remaja atau akhlak ramaja masa kini yg benar-benar serius. dan munkin juga kekeliruan hukum,insyaalah dgn bntuan-bntuan buku atau akhi2 dan ukhty2 yg sudi menerang hukum sbenar akan sye terangkan melalui blog daif ini...insyaallah.


dan masa untuk mnjawab tag.............erkk!!

TAG

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu

-Beli surat khabar

-sarapan pagi

-parking moto-

masuk cc......huhu

2.2jam yang lalu?

-g pusat latihan memandu.......lesen yang xsudah-sudah!!!!!aaaaaaaaaaaa!!!

3. Anda suka
~ baca artikel

-baca novel

-minum MILO!!

-dk tempat sunyi sambil cari ilham.....tenangkan diri ditempat jauh dari orang ramai

-nasihat sambil membetulkan diri sendiri

-buat puisi sendiri....


4. Minggu lepas~


minggu lepas berniaga kt majlis konvesyen kt politeknik..huhu,pengalaman yang menarik!walaupun tak pandai berniaga.....hihi



5. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali~

-kamikaze(luhur)

-asma'u ALLAH

-last breath....

6. 3 binatang yang anda suka~

-kucing!!!!!

-arnab

-dan hamster n semua binatang atas dunia nie trmasuk cakerawala....hmm


7. 10 fakta tentang anda ~

-hmmm,pendiam

-slalu nk habiskan keje,susah nk berhenti lau belum siap....

-mudah tersinggung kot.

-suka pada keseniaan.

-suka termenung.

-suka menggambarkan perasaan pada lukisan walaupun lukisan hudoh....huhu

-selalu ingin memahami orang.

-redha bila orang bercerita tentang keburukan.

-berusaha untuk menjadi seorang muslim sejati....andai ssiapa melihat kecelaan diri ini,sudi2 la menegur yea...insyaalah sye dpt mnerima teguran dengan baik.

-mudah penat!!!


~8. Tahun depan mungkin~

-perlu untuk belajar bersungguh2,dan belajar lebih berdikari untuk menempuhi hari2 dan cabaran2 yang akan datang....

-tahun depan pasti hari semakin suntuk!!

-hari kiamat semakin hampirrrrrrr!!!

-sye bertambah tua.....hihi

9. Saya takut~

-hidup tidak diredhai ALLAH,NAUZUBILLAH....

-takut seandainya ada orng yg trasa hati dek perbuatan sye

-takut masa dpn gelap

-dan takut mati dalam keadaan su'ul khatimah....nauzubillah!!!!!

-takut andai hati berpaling dari kebenaran......."Ya ALLAH,lindungilah hatiku dan peliharalah hatiku moga tidak berpaling darimu,sesungguhnya KAU yang maha menterbalikkan hati dan KAU juga yang maha melindungi hati".......

10. Kalau anda sudah berkahwin , apa yang anda mahu lakukan dengan suami/isteri anda~

-sye xkawen lagi,jd soalan nie bukan untuk sye..huhu.,yg pasti ingin menuju kebahagiaan dunia dan akhirat....

11. Kawan saya~

banyak...................................!!

-semuanya sye sayang..


12. Saya ada~

-sye ada cinta sejati..

-sye ada semua keperluan yang ALLAH bagi,syukur alhamdulillah.....klau nk difikirkan kekurangan itu mybe ujian dari ALLAH,...ada yang lebih sengsara lagi....lihatlah ke bumi palestine..hmmm

13. Saya seorang~

manusia.

14. Adik saya~

ada seorang adik yang suka berbahas bab agama,best.....seorang yang tegas dengan pendirian dan agak penyanyang kot....erkkk!!xleyh puji lebih-lebih nie!!

15. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 5)~

-melukis\minat sendiri-maen bola

-maen game

-baca novel

-perintah ALLAH

16. Bilakah pertama kali anda bercinta?

pada 8hb feb 1992.....kali pertama melihat wajah ibu,hatiku terus trtaut dengan keindahan wajah ibu...dan ayah yang selalu ingin yang trbaik untk keluarga kami..

17. Perkara yang selalu orang pelik tentang anda~

-selalu berdiam diri

-senyap bila orang cari pasal,ye ke?...ye kot...hihi


18. Perkara yang selalu orang percaya tentang anda~

-ntah la......no comment

19. Saya rindu~

-ALLAH

-SYURGA

-KEDAMAIAN,KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN...

20. Saya tak sabar~

-tak sabar untuk mendapat kejayaan!!!!insyaallah....



21. 5 laman yang anda selalu layari:~

-banyak sangat.......xdapat disenaraikan,huhu..maaf ya...

22.siapa yang anda mahu tag?

-http://matbinli.blogspot.com/

-http://wardahaftiey.blogspot.com/

-http://nurkasihdia.blogspot.com/

tu je kot.....huhu

sekian sudah dapat jawab smua soklan....huhu,maaf sbb ambk masa yang lama untuk mnjawab semua soalan...first time...hihi.

sekali lagi syukron atas pebghargaannya keatas blog daif ini.........

wsalam=)

Sunday, April 11, 2010

UJIAN untuk MU

Hari ini,kau sedih,
kau merasakan dirimu begitu terseksa,
difikiranmu hanya mencari hari-hari tidur lenamu,
kau lupa,kau disayangi PENCIPTAMU...

Kau melihat dunia dengan keadaan hitam hidupmu,
sedikit pun kau tidak berpaling melihat cahaya,
kau merasakan ia tidak layak untukmu,
padahal ia tercipta untuk dirimu...

Tanpa disedari,
kau sendiri yang mencipta derita hidupmu,
hatimu yang sedih,kau khianati sendiri,
padahal kebahagiaan sudah menanti,
cumanya kau tidak sabar akan ujianNYA.....

ALLAH memberi ujian kepadamu tanda menyanyangimu,
apa gunanya iman jika tidak diuji oleh PENCIPTA mu..
kau lupa,kau menagih syurgaNYA.,
tetapi kenapa tidak sabar akan ujianNYA???

Wednesday, March 31, 2010

KERANA NILA SETITIK,ROSAK SUSU SATU KOLAM!!

ASSALAMUALAIKUM.......moga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera dan penuh keredhaannya......aminnnnnnnnnnnnnnnn..=)

Dalam post kali ini sye ingin minta maaf jika ada yang terasa hati .....tapi ini demi kesedaran semua......dan izinkan saya untuk meluahkan apa yang terbuku keras dihati ini...ia bukan kata-kata dendam mahupun kata-kata untuk melepaskan perasaan tapi kata-kata yang penuh makna juga nasihat...

Munkin nampak ringan pada sesetengah pihak,tapi bagi saya ia adalah hal yang serius!!
Ia mengenai segelintir mereka yang bertudung labuh...opppss!!cool down dulu......bukan untuk memburuk-burukkan kalian,tapi untuk kesedaran dan pada saya tiada niat untuk menguris hati kalian....dan saya tekankan sekali lagi...HANYA SEGELINTIR MEREKA YANG BERTUDUNG LABUH...

Biasanya apabila di"highlight"kan mengenai tudung labuh,ataupun mereka yang bertudung lebih labuh dari kebiasaannya,pastinya pandangan masyarakat akan turut berubah seiring perubahan tudung tersebut.

Perkara pertama yang akan terlintas difikiran apabila terserempak dengan mereka yang bertudung labuh adalah:

-perempuan ini perempuan yang baik,sopan santun dan tahu menjaga adab dirinya.

Namun sedarkah kita,dalam kebanyakan mereka bertudung labuh ini tidak semua yang akhlaknya sama dengan imej yang disampaikan.....segelintir mereka hanya mencurahkan dakwat hitam kemuka wanita-wanita lain.

Jangan merasa marah kepada saya kerana mengeluarkan kata-kata sebegini kerana ini demi kesedaran kalian.....walaupun bukan kalian yang berakhlak buruk itu,tapi munkin kawan-kawan atau kenalan kalian yang merosakkan imej tudung labuh.....jadi adalah tanggungjawab kalian untuk menegur dan menasihatinya,supaya jangan kerana nila setitik,susu satu kolam rosak.

Tentu kalian semua pernah mendengar kata-kata sebegini,"eleh,tak payah nak berlagak pakai tudung labuh la.Ingat semua yang pakai tudung labuh nie baik sangat ke?kadang tudung labuh nie lebih truk dari mereka yang tak bertudung!!"...pasti pernahkan?.....bagi yang pertama kali mendengarnya tentu panas hatinya...namun itulah hakikat yang sebenarnya...

Ada sesetengah mereka yang bertudung labuh nie berdating sana sini,bermesejan laki itu ini,ketawa berdekah dekah ditempat awam,berhuha-huha dengan lalaki bukan ajnabi,berkoling-koling,berkapelan islamik kononnya,gedik sana sini dan banyak lagi yang mana akhlak tersebut tidak langsung kena pada imej muslimah yang ditonjolkan.Padahal akhlak sama teruk saja dengan mereka yang bertudung kecil mahupun tidak bertudung.

Bila ditegur,anggap orang sebagai ingin tunjuk baik atau alim,padahal demi menjaga imej dan dirinya juga.Kalau tidak ditegur,bayangkan imej akhlak tudung labuh di zaman yang akan datang....munkin setaraf dengan mereka yang tidak berdudung!!

Sekarang pun imej tudung labuh sudah tercemar dengan mereka-mereka yang berimej tudung labuh,tapi akhlak buruk...apabila timbul masaalah seperti ini,pastinya orang lain yang mahu bertudung labuh,akan terbantut niatnya melihatkan akhlak wanita bertudung labuh yang tidak menjaga akhlaknya.

So demi menjaga imej tudung labuh nie,harap kalian yang tersedar dari lamunan mimpi sepat-cepatlah ubah diri..kerjasama untuk saling tegur menegur juga perlu dimainkan..
Tegur sesama muslim adalah amalan mulia..tegur dengan baik...
Jangan berdiam diri jika ada akhlak buruk yang ditonjolkan,walaupun kalian tidak mengenalinya,tegur lah dengan baik....

Jadikan ia sebagai pengajaran,post ini bukan nak tambah memburukkan kalian berimej tudung labuh,just kesedaran.


wallahu'alam.
wsalam (sumber daripada:www.iluvislam.com)

Monday, March 29, 2010

AMBIK LA HADIAH NIE SYE BAGI UNTUK AWAK^^

"Ambik la hadiah nie sye bg untuk awk sbagai tanda persahabatan kita"
hadiah adalah sesuatu pmberian kpd seseorng sbagai tnda trima kasih atau tnda mngingati atau selainnya juga..
Tapi ,apa pndangan kalian apabila seseorang wanita dan lelaki bukan mahram tu saling bertukar hadiah (melainkan hadiah pada hari prkahwinan/hadiah orang dari orng tua)...
lazimnya kita lihat ini adalah prkara yang sngat biasa...dan ia sesuatu yg baik..
yupp!!!btul tu......tapi hati ok ke?
trend skrng boleh dilihat memberi hadiah kpd bukan mahram adalah prkara yg trbiasa.
mustahil hati dan perasaan tak trgugat,maksud sye rasa cinta walaupun sedikit..
"just bagi hadiah untuk saling mngingati je....lagipun kami sahabat baik.."
kenapa sahabat baik msti brlainan jantina??
anda menolak trend berkapel...
anda benci prgaulan bebas...
tp brsahabat baik shingga saling tukar-menukar hadiah itu pn tidak dilarang dlm islam ke??
"sbagai tnda sahabat je,xlebih dari itu"
tp sedarkh anda bahawa anda telah berzina hati..
bagi hadiah untuk saling ingat mngingati,
bukankah yg layak diingati hanya ALLAH SWT??
lagi pn bila sahabat brlainan jntina itu mngingati seterusnya merindui anda...
dan anda juga mengingati then timbul rasa rindu..
disitu lahirlah dosa zina hati...
..............................................................................................................................................................
Trend nie pn xterlepas dari remaja-remaja yg brpndidikan agama yg tinggi,
padahal sudah tahu hukum,ttpi msih lg melakukannya..
ingatlah,niat xpernah menghalalkn cara....
jangan merasa bangga diri dengan didikan agama yang tinggi klau hukum juga dilanggari..
jngan memalukan agama dek kerana perbuatan kita..
hairankan kalian melihat budaya saling tukar menukar hadiah dikalangan bukan mahram tnpa tujuan...then bila dpt hadiah,balik rumah n trsenyum sorang-sorng dlm bilik sedang hati juga mula berkhayal tetang si pmberi hadiah tadi....nampak pelikkan..
niat trselindung tidak prnah nmpak,tapi hati selalu dibisik oleh bisikan syaitan.
anda kata mendakati zina adalah berdosa besar,tp saling tukar mnukar hadiah dgn bukan muhrim bukankah prkara yg mndekatkn diri dgn zina??
masih ingin melanggari hukum??

.......................................................................................................................................................
bersahabat adalah amalan yg sngt mulia.....
tetapi bukan untuk berlainan jantina dari kita...
biarlah sahabat baik itu adalah dari jantina yg sama kita..
dalam islam tiada hubungan yang akrab antara lelaki dan perempuan bukan muhrim melainkan hubungan suami isteri..
jangan merendahkan martabat kaum hawa,
jangan sampai lelaki berani untuk mempermainkan perasaan wanita,
kerana lelaki yang baik tidak munkin akan coba-coba untuk mendakati wanita tnpa tujuan.....
ALLAHUA'LAM

JIWAKU KACAU BILAU.

ASSALAMUALAIKUM...
lamenyer x update blog nie......adeiii,..nape ek zull......
entah la....
Sebenarnya kebelakangan nie fikiran btul2 berkecamuk....segala urat saraf bgaikan layu lemah sngt then dengan itu telah mncipta bahan letupan dibahagian kepala yg bagaikan ingin meletup!!
huhu...merepek lak..
kadang-kadang jiwa diuji dgn sesuatu yg tidak disangka-sangka atau sesuatu yg kita rasa x mampu untuk tempuhi,padahal sebenarnya kita mampu...Allah tidak akan memberi ujian kepada makhluknya yg tidak mampu untuk ditanggung oleh makhluknya..
just kesabaran menghadapinya..
Kini baru sye sedar bertapa lemahnya iman diri ku...ujianNYA benar-benar mnyedarkn diri ku yg lemah ini...
imanku yg terlalu nipis terbongkar....
then diri ini trfikir.....masih layakkah untuk menulis blog??sedang diri sendiri masih goyah.
tp ape2 pn,sye ttap ingin mnulis blog....sbb ingin mnyampaikn apa yang trbuku dihati tntng remaja-remaja n masyarakat skng...disamping mningkatkn keiman diri,ada baiknya sye mengajak kalian smua ek...
semuanya just ALLAH yg MAHA MENGETAHUI=)

Thursday, March 4, 2010

CINTA TU BUTA


Kerana cinta kita bahagia...
kerana cinta jugalah kita terseksa merana.....

Andai cinta itu dibetulkan jalannya dengan sempurna,dengan penuh ketakwaan dan keimanan+ikhlas dan mengikut syariat agama,maka cinta itu diredhai.

kalian tahu kan bahawa cinta antara bukan mahram setelah dinikahkan,maka itulah cinta yang diredhai.Dan ketahuilah dalam islam tiada istilah kapel atau kapel islamik.

Sebaliknya,jika cinta itu di'lorong'kan pada laluan yang jauh dari landasan agama,maka cinta itu tidak diredhai.Yang dimaksudkan itu adalah cinta kebanyakan remaja sekarang.tidak kurang juga mereka-meraka yang bercinta tanpa ikatan suci.

Cinta itu buta,maka ia tidak mengenal siapa yang dicintainya

cinta juga buta kerana tidak mengenal batas halal-haram,dimana kerana cinta,marauh tergadai tanda cinta!

Perlukah untuk menggadai maruah bukti cinta??

hanya perbuatan orang tidak bertamadun dan tidak beragama sahaja yang melakukan perbuatan sebegitu!

Andai benar-benar ikhlas cinta,maka aturkan langkah dan berusaha untuk bernikkah,bukan menyuruh untuk mengadai maruah tanda cinta.

Ada juga sesetengah pemikiran yang kurang warasnya mengatakan:

"ia bakal isteriku,maka tak salah la untuk aku merasainya dahulu"
"dah nak kahwin ni,buat r duru,bukan ape-ape pun"

"buat or*l je,tak pregnant pun"

ketahuilah ianya adalah pemikiran-pemikiran yang diracuni oleh syaitan,dan spesis-spesis pemikiran seperti inilah yang menghancurkan umat.Dan azab ALLAH itu tidak dapat digambarkan keperitannya...

Soal cinta,wanitalah yang banyak teranianyai,dari segi perasaan dan juga maruah diri.Wanita insan lemah dan dengan kelemahan inilah lelaki mengambil kesempatan untuk mengkhianati wanita.Pujuk rayu sang jantan mampu untuk melemahkan prinsip wanita.Dan tidak hairanlah banyak wanita yang kehilangan dara sebelum kahwin.


wanita,kau insan lemah,...
kuatlah diri mu dengan keimanan dan ketakwaan..
bentengkan diri mu dengan ketakwaanmu ada ALLAH..
moga ALLAH melindungimu dari godaan syaitan-syaitan

Ada segelintir lelaki yang bercinta hanya bertujuan untuk mendapatkan seks.Dan merekalah yang banyak merosakkan wanita yang baik-baik.

hai wanita yang baik-baik,usahlah kalian tertipu dangan kebaikan lelaki yang memujimu,
kerana baiknya munkin kepura-puraan,
pujiannya munkin perangkap untkmu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mula-mula bercinta,just msj je......mcm biase la mule-mule anta msj,

"awk dk wt pe?"

"pe kaba?"

da mkn ke?"

n mcm biase......sembang2 bende yg kecik-kecik,.....msj tnpa hala tuju....
then...
da knl seminggu,..
mula hnta msj berbunga-bunga,......
mesra-mesra...
tyme tu da xmalu ckp uzur xuzur....
Sal saiz baju....n mcm2...

bile da dkt sbulan biasenyer............
istilah lucah digunakan..
bongkar rhsia yg xpatut diceritakn pd bukan mahram.
bile dah agak biase.
ajak jumpa...
then bila slalu jumpa..
cari hotel murah.....

then?????

Bayangkan andai sedang melakukan kemunkaran itu,tiba-tiba ajal menjemput dengan tidak disangka-sangka,..

dan mati dalam keadaan yang sangat memalukan!!

nauzubillah.........bagaimanakah ingin berhadapan dengan ALLAH??

bahkan jika sedang melakukan kesalahan dan berhadapan dengan polis atau jpj,kita sudah terketar-ketar nk buang air....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kerana cinta,maruah tergadai,
kerana cinta,diri semakin seksi,
kerana cinta,kita hilang akal!!

dan kerana cinta juga,kita berubah menjadi baik,
kerana cinta kita menemui cahaya hidayah ALLAH,
kerana cinta kita bahagia.

kerana cinta kita bahagia dan sengsara.



HERDIKLAH DUNIA DAN
HARI-HARINYA......
IA HANYALAH MEMBAWA DUKA.
KEHAUSANNYA TIDAK PERNAH TERPENUHI,
TERUS SAJA INGIN MEMILIKI..
SUNGGUH MENGHAIRANKAN,
IA MUSUH TAPI DIRINDUKAN....
(IBNU BISAM)



KEPADA TEMAN-TEMANKU YANG SEDANG MENCARI-CARI CINTA....
USAHLAH TERPEDAYA DENGAN MANISNYA DUNIA JUGA MANISNYA CINTA TNPA IKATAN SUCI.
MUNKIN IA MANIS,NAMUN INGINKAH KALIAN MENEMPAH KESENGSARAAN DIHARI-HARI DEPAN KALIAN...
CINTA SEJATI YANG PASTI KALIAN HANYA PADA ALLAH S.W.T..
DAN SEBAIK-BAIK CINTA ADALAH PADA IBU-BAPA.
DAN CINTA YANG DIREDHAI ANTARA BUKAN MUHRIM ADALAH SELEPAS DINIKAHKAN.
DALAM ISLAM,TIADA ISTILAH KAPEL-KAPEL....ITU HANYA KEPALSUAN SEMATA.
USAH KALIAN BERMAIN-MAIN DENGAN HUKUM,
KERANA KALIAN BELUM PERNAH MERASAI AZAB ALLAH S.W.T.
MEMANG BENAR CINTA ITU DATANG TANPA DIMINTA,...
NAMUN KITA DIKURNIAKAN ANUGERAH TERBESAR IAITU AKAL.
GUNAKAN IA UNTUK MELAWAN NAFSUMU.
NAFSULAH MUSUHMU DALAM SEGALA HAL MU.


WASALAM

Tuesday, March 2, 2010

episod sengsaraku..

Ya ALLAH,KAU yang menciptakan jiwa dan perasaan,
KAUlah yang Maha Mengujinya,
aku insan lemah yang menghadapinya,
kini ku merasai yang ku yakini ia baru sedikit ujian dariMU.
namun cukup memberi kesan pada jiwaku...
lalu ia sengsara merasa pedihnya ujianMU,
menguji tahap keimananku.

Ya ALLAH,ujianMU mengajarku,
menambah ilmuku tentang kehidupan didunia indah ciptaanMU...
mengajarku erti kehilangan,
dan aku mula mempelajari perasaan benci dalam sayang,
dan rindu yang sengsara..
UjianMU juga mengajarku,
dan aku mula merasai kehilangan orang yang sangatku perlukan,
juga menyedarkan aku bertapa jahilnya diriku,
hanya menjadi duri dalam kebahagiaan orang lain...
penyibuk dalam segala halnya,
dan seorang budak kecik yang terhegeh-hegeh.

duniaku kini gelap,dan hanya tinggal satu tumpuan yang melalaikan hati,
air mataku kini banyak dibazirkan pada yang tidak layak,
aku kerap menciptakan senyuman palsu,
aku menciptakan daya tenaga yang kuat bersama jiwa yang lemah..
kiniku dengan ujianMU,
ku sedar siapa diriku,
insan yang lemah lagi jahil,
yang dahagakan kasih sayang,
yang masih lagi mencari-cari cahaya kebahagiaan.......

Ya ALLAH,aku bersyukur kerana aku insan terpilih untuk menghadapi ujianMU,
kerena aku dapat mengetahui dimana lemahnya aku,
akanku perbaiki supaya aku lebih tenang dihadapanMU kelak........

Monday, February 22, 2010

kaulah bidadari dunia dan syurga

Pagi-pagi lagi aku sudah berada dipusat latihan memandu.Sambil-sambil pikir tentang latihan motor yang tak sudah-sudah lagi,...adeiii...hampir 2 bulan,asyik ulang alik ke pusat latihan memandu je...Ini kerana masaalah jadual,menyebabkan latihanku sering ditunda-tunda.....takpe,sabar...lagipun,duk umah tak tahu nak buat ape....huhu.

Dibawah penghawa dinggin,aku duduk sambil memeluk tubuh sendiri.....maklum la,aku agak tidak tahan sejuk....tapi,kekadang perlukan kesejukan...hihi..ALLHAMDULILLAH,sejak dipusat ni,makin bertambahlah kawan-kawanku,tu la....setiap kesulitan ada hikmahnya.....

Agak bosan gak duk tunggu giliran dipanggil ke kaunter.....sambil membelek-belek novel LAKARAN SAHRAWI,(huh!rasenyer novel nie dah khatam 5kali....huhu)aku memerhatikn gelagat-gelagat orang-orang yang berada dipusat ini.....ermmm,macam-macam ada...trend,fesyen terkini pun ada....huhu...kebanyakan mereka semua lengkap dengan hanphone ditangan masing-masing.

Agak lama menunggu,aku cuba untuk pindah ke kerusi lain,kerana ditempatku terlalu sejuk..

Tiba-tiba pandanganku tersekat,malah terpukau juga melihat seorang gadis yang lain daripada yang lain..Ayu,pakaiannya juga penuh kesopanan melambangkan cintanya pada YA-RABB.....adesss!muslimahnya dia....tak sangka,didalam banyak-banyak gadis yang aku lihat disini,baru kali ini aku melihat gadis yang berpakaian sopan.Apa tidaknya,kebanyakan gadis-gadis yang berada dipusat ini berpakaian menjolokkan mata.Yang bertudung mahupun tidak bertudung,semuanya sama seksi.Yang membezakan mereka hanyalah tudung.

Balik pada gadis berpakaian sopan tadi...gadis itu berada jauh disudut barisan kerusi belakang yang sebaris dengan barisan kerusiku....kepalanya tunduk penuh tawaduk sambil mulutnya bergerak-gerak seperti menyebut sesuatu,aku yakin dan pasti,itu zikrulllah...

Wajahnya tidak dapat ku lihat sepenuhnya kerana terlindung dengan tudungnya yang agak kehadapan sedikit.....khusyuk dia berzikrullah.Melihat muslimah tu,membuat diriku terfikir tentang diri sendiri....bagaimanakah cinta aku dengan ALLAH??untuk mendapat kemanisan memang pahit,kerana syurga itu manis.....muslimah itu membuat diriku semakin mencari-cari cinta ALLAH.Melihatnya juga mengetarkan getaran jiwa,untuk menemui keinsafan.

kalau camnie,duk sini lame-lame pn tak pe.....huhu....


Sebentar kemudian,datang satu geng budak-buadak perempuan yang agak 'trendy',memenuhkah kerusi-kerusi disisi muslimah tadi....pakaian mereka ketat,dan mereka semua bertudung....ermm,trend terkini,pakai tudung,baju mesti ketat dan rambut mesti nampak walaupun bertudung,baru lelaki tertawan......ye ke?tapi nape aku tidak tertawan??huhu...


Susana menjadi agak riuh rendah dengan gurau tawa geng gadis-gadis trendy tadi....Melihat muslimah tadi,aku agak kesian kerana dia seperti gerun dengan gadis-gadis trendy tadi.....ntah la,tapi dia meneruskan dengan zikrullahnya....kuatnya dia..

"Haii,awak......alimnye awak....ustazah ek??"....aku terdengar soalan ini dari salah seorang geng trendy tadi....dan aku terus memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka....."haii,eh..mane de,saye bukan ustazah"sambil tersenyum mesra muslimah itu memberikan jawapannya..."ye ek?.....labuhnya tudung awak....awak tak malu ke?"tanya gadis tu lagi.......adeiii,mase tu bibirku kacip kuat-kuat,...aku biarkan hati ku ketawa terbahak-bahak dan aku rasa jika aku lepaskan pasti satu pusat latihan memandu ni mendengar ketawaku....huhu..

sambil tersenyum sedikit kulihat muslimah itu menjawab..."malu?tak de la....saye selesa macam nie....lagipun kalau kite pakai macam nie selamat dan orang lelaki tak pandang laen pada kite"....."ala,nak dengar ceramah ke nis?"...salah seorang kawan dari kawan yang bertanya tadi bersuara.....seorang nie agak sombong pada orang lain....itu yang ku lihat,...tapi entah lah.....

Muslimah tadi seperti rasa bersalah,dan terus diam sejak mendengar kata-kata salah seorang geng trendy tadi.....sambil itu geng trendy tadi ketawa terbahak-bahak....


"Awak,jangan ingat kami pakai ketat macam nie,tak de iman tau...awak pun jangan ingat kalau awak pakai macam tu dijamin masuk syurga"kata seorang dari geng tadi yang agak sombong.....

"eh,awak...jangan la kate macam tu,.....saye tak pandang serong pun kat awak sume,saye tahu awak semua baik...maaf ek,bukan maksud saye macam tu....kite kawan ek?"jawab muslimah itu dengan nada seperti orang yang agak bersalah....."kawan ek,tak payah la....kami bukan setaraf ngan awak pon,awak tu alim,kami ni ahli neraka kn?..ermm,baik awak jangan tunjuk baik ek,saye tak suke orang hipokrit!"balas salah seorang dari geng trendy tadi...ntah la ape yang buat mereka tidak suka pada muslimah itu..munkin mereka anti-tudung labuh tak.....perbualan mereka menjadi agak kelam kerana suasana menjadi agak riuh kerana orang semakin ramai..,jadi aku agak tidak kedengaran suara mereka.....tapi aku lihat muslimah itu terus diam je....adeiii!dia kene ejek ke......ntah la...

tapi tengok mukanya buat aku kesian je....nama ku hampir dipanggil,so aku berpindah kerusi terhadapan,supaya mudah untuk ke kaunter nanti.

Satu nama bergema dikaunter dan ku lihat muslimah itu bingkas bangun....nama dia kot...yup!!btul namanya......saat inilah aku dapat lihat wajahnya sepenuhnya....

cantik!!!

ayu!!

Wajahnya agak seperti keturunan arab....adusss!lau berniqab nie mesti tambah keayuannya...buat aku teringat pada seorang akak la......adeiiii....
gerak langkahnya penuh kesopanan,seperti seorang pejuang yang tenang...
tudungnya labuh hingga hmpir mencecah lutut.....sejuk hatiku memandang........Ya ALLAH,inikah bidadari dunia dan syurga???sungguh indah ciptaanMU,Ya ALLAH!....alhamdulillah,masih ade lagi gadis sepeti ini........geng trendy tadi masih lagi dengan ketawanya yang menyakitkan hati....ntah la ape perasaan muslimah itu......bersabarlah,ini dugaan yang tersangat kecil untukmu....

Muslimah itu terus ke kaunter,...tapi dia masih lagi tunduk sedikit....
patut la....penjaga kaunter tu lelaki rupenye....mukanya tidak senyum dan tak juga masam......sedang-sedang je......
sedang disebelah muslimah itu terdapat seorang wanita yang agak berumur...ermmm,mybe dalam 30-40 gitu.....wanita berumur itu seperti mempunyai masaalah sedikit dikaunter..,masaalah kewangan....memang kebanyakan masaalah kewangan menjadi penyekat untuk meneruskan latihan disini.....adeiii,kesiannya pada mereka....sedang aku lancar dari segi kewangan setakat nie......

"nape cik??ade masalah ke?"dalam keriuhan suara orang ramai,aku masih lagi dapat mendangar suara muslimah itu bertanya,....kerana aku berada dihadapan hampir dengan kaunter..."ya...mak cik tak cukup duit la,ingat dalam dua ratus je,rupa-rupanya tiga ratus lapan puluh....lagipun makcik takde duit sekarang nie...ermm,mintak pinjam adik sikit boleh,nanti esok makcik janji makcik bayar...boleh?"wanita itu menceritakan masaalahnya kepada muslimah itu..
"kejap ek cik"...sambil mengeluarkan beg duitnya,"cik tak cukup berapa lagi?"
"180 dik"suara wanita tu seperti rasa bersalah......."nah,cik ambik la,ermmm.....cik tak payah bayar la....saye bagi je"kata muslimah tu......uiss!!baiknye dia....180 bagi free je....
"eh,betul ke ni dik??jangan macam nie...makcik janji akan bayar..lagipun kesian kat adik nak belanja untuk belajar kan....makcik taknak ambik free duit ni"wanita tu membalas kata muslimah itu....."cik,ambik la....saye akan terasa hati lau makcik tak ambik"....'"tp dik,makcik taknak menyusahkan adik,.....xpe la,adik simpan je duit tu,biar makcik tunda la latihan makcik,munkin boleh kot"......."cik,ambik la ek....saye bagi kat makcik nie,nie rezeki makcik,lagipun saye memang nak bagi makcik,macam mane pun nak bagi jugak,saye kecewa kalau cik tak ambik"muslimah tu meluahkan peraaannya...wanita itu menitiskan air mata....."baik la dik ni....terima kasih banyak-banyak dik......tak sangka ade orang macam adik lagi sekarang ni..."..........."segala puji hanya untuk ALLAH cik..,munkin ni rezeki cik yang disampaikan melalui saye"jawab muslimah itu sambil tersenyum mesra...
muslimah itu menjadi akrab dengan wanita tadi....mereka berbual mesra..

Ya ALLAH ...baiknye muslimah tu.....munkin ini salah satu sifat-sifat muslimah...merekalah bidadari dunia dan syurga...mereka diciptakan dengan penuh unik,dan mereka menjadikan diri meraka sebagai bidadari dengan penuh keimanan dan ketakwaan.....bagaimana ek dunia nie lau sume wanita seperti ni???adeeessss!!pasti aman damai!!

"eh,adik dah berkenan ke???"....satu suara mengejutkan aku,tersentak gak macam kene elektrik....rupe-rupenya suara abang disebelahku...huhu..."erkk....eh,mane de....saje je.."...
"eleh,dari tadi duk tengok-tengok awek tu je"......"eh,tak.....tak de pe-pe la,khayal je,hehe"
aku jawab.

astagfirullahhalazimmmmmmmm!!
rupa-rupanya dari tadi aku duk usyar muslimah tadi....ya ALLAH,malunyer aku....moga dosaku KAU ampunkan,juga moga takde sape-sape lagi yg sedar perbuatan aku tadi.....adesss!

Tapi melihat bidadari tadi membuat aku menjadi lebih insaf diri....juga memotivasikan diriku sendiri.Bertapa indah dan uniknya ciptaan ALLAH,untuk memberi kita kesedaran tentang kekuasaan ALLAH...juga memberi kita keinsafan.

......................................................................................wasallam

Sunday, February 21, 2010

bangkitlah pejuangku


Bangkitlah anak-anak Palestine,
tegakkan maruah bangsamu,
dan juga agama kita..
pertahankan masjidil Aqsaa,
kerana ia lambang kekuatan kita..

Biarlah dan bersabarlah,
kerana negara Islam disekeliling negaramu tidak membantu,
jangan mengalah wahai pejuang fi sabilillah..
ALLAH menjanjikn syurga untukmu yang terkorban.
dan roh mu akan berterbangan disyurga..

wahai anak-anak palestine,
setiap detik,
setiap saat,
kamu menempuh datik-detik sengsara...
sedang kami disini tidak merasainya,
tidak dapat kubayangkn keperitan hidupmu wahai anak-anak palestine,
hanya doaku buatmu....

Dihadapan matamu terjadi peristiwa ngeri
kau ditampar,
kau ditendang,
ibu ayahmu dibunuh kejam..
memori hitam itu menusuk ingatanmu,
membuakkan rasa bencimu pada rejim zionis!!

kau tidak bersenjata,
sedangkan tentera yahudi cukup lengkap bersenjata canggih,
untuk membunuhmu.......
namun kau tidak gentar,
kerana istilah JIHAD menjadi pegangan dalam perjuanganmu..
malah seketul batu dari balinganmu cukup mengerunkan tentera yahudi!!

Hidupmu penuh kesengsaraan...
ia tidak bermakna untuk selamanya..
syurga impian menantimu..
disitu,tamatlah segala penderitaanmu..
kebahagiaan yang terindah untuk selamanya..

Sunday, February 14, 2010

SAYA MOHON MAAF

Assalamualaikum kepada semua,moga hidup didamping rahmat ALLAH,juga bahagia bersama cintaNYA....
Salam memohon maaf juga kepada kalian yang berkecil hati dengan pelbagai entry saya yang melukakan hati kalian.
Bukan niat saya untuk melukakan hati kalian,juga bukan niat saya untuk memandang serong kepada akhowat yang bertudung labuh.

Munkin juga kerana saya sendiri yang kurang mahir dalam bab-bab penulisan ini.

Semua entry yang saya keluarkan bukan untuk memandang buruk mana-mana pihak,siapalah saya untuk berbuat begitu sedangkan diri sendiri juga kadang-kalanya lalai...

Dalam masaalah sosial,saya tidak memandang sebelah golongan sahaja,bahkn semua golongan...
meraka yang tidak bertudung labuh,mereka yang bertudung labuh,lelaki dan perempuan..

Munkin ada diantara kalian yang hanya memandang kepada tulisan saya tentang mereka yang bertudung labuh sahaja,dan tidak memandang pada tulisan yang lainnya...
Kalau saya memang membenci golongan tudung labuh ini,sudah lama saya mengeluarkan pelbagai entry tentang keburukan golongan yang bertudung labuh ini,kerana ceritanya banyak bersama saya,termasuk dengan pengalaman sendiri...tetapi demi menjaga hati kalian yang istiqomah bertudung labuh,saya tidak berbuat begitu...

Bertudung labuh adalah pakaian sunnah,tidak munkinla saya membencinya...bahkan saya lebih menyukainya,.....

Tetapi dalam golongan yang istiqomah bertudung labuh ini juga,sebilangan kecilnya ada yang tidak menjaga akhlaknya....saya ulangi,HANYA SEBILANGAN KECIL....dan golongan inilah yang mencemarkan imej tudung labuh....sangat memalukan bukan?...

Sengaja saya sentuh tentang golongan ini,kerana ingin memberi kesedaran kepada semua,juga pada golongan itu sendiri supaya menyedari tentang hakikat ini..dan seterusnya menjaga akhlak mereka dengan lebih baik......

Munkin golongan bertudung labuh ini jarang-jarang untuk ditemui,jadi apabila keluar dikhalayak ramai,sudah tentunya menjadi perhatian semua orang....dan gerak geri diperhatikan...dan disitulah segala akhlak yang baik perlu untuk tonjolkan supaya menjadi contoh yang baik.
apa pandangan orang apabila melihat seorang gadis bertudung labuh,keluar bersama kekasih??memalukan bukan??munkin hal ini perlu di highlight kn untuk memberi kesedaran...bukannya untuk memalukan kalian....

Saya sedar bertapa indahnya bertudung labuh,lagi-lagi mereka yang berniqob juga....merekalah bidadari dunia dan syurga...malah taraf mereka lebih dari itu!!saya menyukainya,bukan membencinya.....munkin ini langkah atau cara saya untuk menyedarkan kalian yang istiqomah bertudung labuh,dan sebilangan kecilnya yang munkin masih baru untuk mengenali dunia dan juga cinta....semua pendapat saya dan entry saya adalah sebagai nasihat untuk berjaga-jaga dalam melangkah arus dunia....tidak semestinya istiqomah bertudung labuh itu,mereka selamat dari godaan syaitan,malah munkin godaan syaitan lebih dahsyat lagi kepada mereka.

Kepada kalian yang bertudung labuh,saya minta maaf atas entry yang munkin menguris hati kalian,tidak itu niatku...malah saya terlalu sayang akan golongan ini,dan ingin melihat mereka sebagai golongan yang bersih,dan tidak terikut akan arus dunia yang kian mencabar.

Munkin dengan cara ini boleh menyampaikan apa yang tersirat dihati saya kepada kalian.

Istiqomahlah bertudung labuh,ia adalah pakaian sunnah kita,bahkan ia pakaian yang suci.,melambangkan kalian lebih mencintai ALLAH.Jangan kalian ambil hati dengan entry-entry yang saya keluarkan,kerana ia untuk kebaikan,bukan untuk menyindir atau memburuk-burukkan kalian yang bertudung labuh.

Saya tidak menafikan bahawa golongan lain juga melakukan pelbagai masaalah sosial,saya juga highlight tentang mereka..munkin kalian tidak menyedarinya...

sekali lagi,saya minta maaf:-(

setiap manusia melakukan kesilapan,dan saya bukan manusia yang istimewa yang tidak melakukan kesilapan..

terima kasih kepada yang menyedarkan saya tentang masaalah ini..munkin saya akan lebih berhati-hati lagi dalam penulisan blog saya.
wasalam.

Thursday, February 11, 2010

KAPEL ISLAMIK??!

Sentiasa kita memahami bahawa budaya kapel ni merupakan satu tradisi dalam kalangan remaja. Asal memasuki alam remaja sahaja, mesti individu ini akan mencari pasangan bagi mewarnai hidup mereka agar kononnya indah.
Mereka bahagia apabila bersama pasangan masing-masing….mereka kata ,ada yang sayangkan mereka.Mereka kata berkapel dapat memberi kesan positif pada hidup mereka.Mereka dibuai mimpi indah setiap malam.Dengan cinta mereka,mereka dapat semangat untuk hidup,dan menceriakan hari-hari meraka.

Ada diantara mereka kata,mereka berkapel berlandaskan syariat.Kami berkapel islamik…
Kapel islamik??????????

Ermmm…..pnah suatu hari kata-kata ini berkumandang digegendang telingaku:
“cara kami kapel laen,mane ade pgang-pegang tangan,siap saling tazkirah lagi…..dose ke cmtu??”
“kami kapel cara islamik,mane same ngan budak-budak yang kapel ntah ape-ape tuh!”
“kami tak buat maksiat,kami bercinta kerana ALLAH”
Huh?!.....rasa cam nk berdebat je…huhu….tapi sape la saye….
Persoalannya,adakah istilah ‘KAPEL ISLAMIK’dalam islam??ape maksud sebenarnya ‘kapel islamik sehinggakan digunapakai oleh remaja-remaja yang kebanyakan mempunyai didikan agama yang tinggi sesetengahnya?.....mereka berimej islam,tetapi bila ditanya adakah bercinta?jawapan mereka ‘ya’…..”kami bercinta tak same ngan orang laen,kami ikut syariat”
Dalam islam adakah istilah kapel??apakah hukumnya??tentunya haram bukan?jadi apakah hukum kapel islamik ini?klau nk tengok perbezaannya antara kapel biasa dan kapel islamik memang ketara….tetapi kedua-duanya menjurus kepada perzinaan..so?HARAM la…
Sebabnya:

Dalam hadis nabi s.a.w telah memperincikan jenis-jenis zina daripada Abu Hurairah katanya: Nabi s.a.w bersabda sesungguhnya ALLAH telah menetapkan nasib anak adam mengenai zina,tidak mustahil dia pernah melakukannya iaitu zina MATA ialah MEMANDANG,zina LIDAH iailah BERKATA,zina HATI ialah KEINGINAN dan SYAHWAT sedangkan fajar (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti
Munkin dengan cara kapel islamik,boleh mengelakkan zina mata,zina lidah dan zina kaki……tapi hati???mustahil orang yang bercinta tiada perasaan rindu pada kekasihnya…mustahil tiada perasaan saling rindu merindui.
Kita insan yang lemah.Kadang-kadang nafsu dapat menewaskan diri dalam sekelip mata jika kita tidak mempunyai kekuatan iman.Tidak hairanlah kita lihat banyak orang yang berimej islam yang terkandas dalam hidup mereka kerana cinta….mulanya mereka berkapel cara islamik,lama-lama hati digoda syaitan supaya bertemu…lepas bertemu,mula saling merenung dengan hati yang tidak dijaga…..mula try pegang-pegang tangan….dan akhirnya mencipta kata-kata manis.pujuk rayu yang berkesan…….last-last jatuh kelembah perzinaan.huh!bilamana nafsu sudah tidak dapat dikawal,walaupun cara kapelnya adalah islamik,namun jika nafsu sudah menguasai akal yang waras,maka inilah jadinya......seorang wanita yang bertudung labuh juga terlibat dengan seks bebas!!!tiada lagi ertinya iman baginya ketika ini........allahu rabbi!!
Saya mintak maaf sangat sebab nak bagitau sal nie,sekarang perempuan tudung labuh pun sukar dipercayai imannya,bukan sahaja yang wanita bertudung labuh,bahkan mereka yang berkopiah juga..mereka berimej islam,tetapi disebalik imej mereka,mereka melakukan kekejian pada ALLAH…ini semua kerana cinta,yang mulanya dari kononnya kapel islamik…..memang tak dinafikan banyak pasangan yang tidak tutup aurat juga melakukan kekejian,tetapi mereka yang berimej islam nie terlalu menghinakan agama sendiri…..melakukan maksiat,sedangkan imej yang mereka bawa adalah islamik….katanya ingin berdakwah pada orang lain menuju kebanaran,tetapi pada masa yang sama,mereka melakukan maksiat..
Allahu rabbi……
Jelaslah,dalam islam tiada istilah kapel islamik yang direka oleh pihak-pihak tertentu untuk membetul apa yang sudah ternyata salah..niat tidak pernah menghalalkan cara….yang salah disisi agama,tetap salah,tiada keistimewaan diberi kepada sesiapa pun.
Cinta yang sebenar-benarnya hanya pada ALLAH S.W.T ……dan cinta yang diredhai dan didoakan oleh para malaikat adalah cinta dengan ikatan suci nikah.


Wallahu alam………

Sunday, February 7, 2010

valentine budaya kita kah?

Ros Itu Merah, Seri Pagi itu biru, Maaf Hari Valentine Itu Bukanlah Untuk Mu. Boleh dikatakan dikebanyakan tempat, kalau tidak seantero dunia, slogan “mari kita mulakan musim percitaan” mula berkumandang. Ia adalah musim dimana jambangan ros dan kad ucapan bertukar tangan, dan ucapan cinta dan janji-setia (waluapun selalunya dimungkiri) dilafaskan. 14 Febuari juga dikenali sebagai “Hari Valentine”. Jadi apa yang memudhoratkan terhadap semuanya itu? Kemukinan orang akan bertanya. Bukankah ia adalah hari untuk kita meningati pasangan kita dan meluahkan perasaan cinta yang membara kepada pasangan kita, atau memberi sedikit kebebasan kepada para remaja untuk memadu cinta dan asmara? Hari Valentine bukan hanya untuk mencurahkan perasaan cinta kepada pasangan seseorang sahaja, tetapi lebih jauh dari itu, adalah untuk menghapuskan halangan yang menghalang pernyataan perasaan cinta kepada orang-orang yang pada hari-hari biasa sukar untuk didekati. Kisah St. Valentine. Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun ke 4 sebelum masihi. Pada bulan Febuari setiap tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh dihadapan “tuhan” Lupericus. Bagi para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka didalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya. Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya. Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cinta”, yang akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepada Lupericus. Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi. Hukuman yang yang terimanya adalah kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang. Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi, “Dari Valentine dikau”. Hari Valentine - Perayaan Pergaulan Bebas. Perayaan Hari Valentine kini telah berkembang menjadi suatu perayaan yang jauh terpesong dengan niat Valentine. Sesungguhnya adalah ironi untuk melihat bahawa perayaan tersebut telah bertukar wajah dari apa yang diinginkan oleh pihak gereja suatu masa dahulu, iaitu untuk menjaga institusi perkahwinan, dengan menguna-pakai nama Hari St Valentine. Kini Hari Valentine dan apa yang dikaitkan dengannya adalah jauh berbeza ; iaitu,kembalinya pergaulan bebas dalam masyarakat, jalinan hubungan yang diakhiri dengan perzinaan, kehamilan yang tidak dikehendaki, penguguran janin secara gelab dan segala aktiviti yang membawa kepada keruntuhan maruah dalam masyarakat. Malangnya, keburukan yang lahir dari perayaan tidak bermoral ini telah menjangkiti setiap lapisan masyarakat. Tanpa menghiraukan kesan buruk kepada masyarakat, para kapitalis telah menggunakannya sebagai sambutan peluang perniagaan secara besar-besaran. Television dan akhbar akan menyiarkan iklan-iklan promosi program khas, dan acara-acara sambutan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat kapitalis ini. Ia dilakukan semata-mata untuk mencari keuntungan pantas tanpa memikirkan kesan buruk daripadanya terhadap keharmonian dan kerukunan kepada masyarakat akibat dari pergaulan bebas yang dilahirkannya. Sebenarnya realiti Hari Valentine hanya merupakan sebuah cerminan masalaah yang bukan hanya terhad kepada 14hb Febuari sahaja. Kerana konsep yang sama, yang mendorong manusia untuk melampaui sempadan akhlak pada hari itu, adalah juga konsep yang diamalkan oleh masyarakat barat sepanjang tahun, iaitu; pergaulan dan sex bebas. Kalimah “kebebasan sex” merupakan titik graviti bagi nilai asas kepada sekularisma yang mana dunia barat membangunkan pandangan hidup di atasnya. Dengan memisahkan agama dari urusan kehidupan, semua nilai dan pengawalan diri tunduk kepada ransangan hawa nafsu individu semata-mata. Dikala membebaskan diri dari kezaliman dan ketundukan kepada para pemimpin gereja Eropah dikurun ke 16 masihi, sekularisma di masa yang sama telah memperhambakan manusia kepada perhambaan yang lebih dahsyat; iaitu, ketundukan terhadap hawa-nafsu. Di atas nama “kebebasan” (freedom), ratusan ribu nyawa telah melayang melalului peperangan yang secara terancang dicetuskan, sebagaiamana di Afganistan dan Iraq. Natjah dari ‘kebebasan’, manusia di Dunia Barat terdedah kepada peningkatan bahaya dan ketakutan disebabkan oleh rompakan, rogol, dan pembunuhan, yang dilakukan oleh mereka-mereka yang dibesarkan di dalam masyarakat yang meyakini “kebebasan” untuk memenuhi tuntutan hawa-nafsu merupakan sebuah lesen untuk seseorang memenuhi kemahuan mereka dengan mengorbankan hak-hak orang yang tidak bersalah yang berada didekeliling mereka. Apabila konsep “kebebasan” ini diterapkan kepada hubungan lelaki dan perempuan, maka “pergaulan bebas” ini akan membawa kepada keadaan porak-peranda, kacau-bilau dan kenestapaan di dalam masyarakat. Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine. Umat Islam mestilah memiliki kepekaan dalam mengenal-pasti mekanisma yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah kefahaman kita terhadap Islam. Apabila Umat Islam digalakkan untuk melibatkan diri didalam smabutan Hari Valentine mereka diperdayakan untuk meninggalkan nilai-nilai akhlak, standard bertingkah-laku, kehormatan dan maruah yang Islami, yang diperintahkan untuk dipelihara didalam menjalinkan perhubungan lelaki dan wanita. Adalah amat perlu bagi kaum muslimin untuk menyedari bahawa Islam mengkehendaki mereka menjadikan tempat rujukan mereka sebagai hak ekslusif bagi Hukum Syarak. Ia adalah satu-satunya sumber yang sah bagi perayaan, tradisi atau amalan yang dibenarkan oleh Islam bagi Muslimin untuk mengikutinya. Islam adalah bertentangan secara total dengan konsep sekularisma. Ia juga tidak memberi sebarang ruang kepada konsep batil “kebebasan individu”. Sebaliknya, Islam hadir untuk mengatur urusan manusia didalam setiap aspek secara menyeluruh, membebaskan mereka dari ketundukan terhadap manusia atau hawa-nafsu mereka sendiri, dan memimpin mereka kepada hukum Pencipta mereka yang sempurna. Diriwayatkan bahawa Anas Bin Malik (ra) berkata; “Apabila Nabi saw berhijrah ke Madinah, peduduk disana memiliki dua hari perayaaan Jahiliyyah. Dia sawbersabda, “Apabila aku datang kepada kamu, kamu memiliki dua hari perayaan yang kamu sambut ketika masa jahiliyyah. Allah telah mengantikannya denga hari yang lebih baik, iaitu hari raya Fitr dan hari raya Adha.” Berasaskan ini adalah jelas bahawa Islam telah melarang sambutan terhadap perayaan, samada ianya krismas, tahun baru, deepavali, dan sebagainya. Dari asal-usulnya Hari St Valentine adalah perayaan musyrikin yang menganjurkan pergaulan bebas didalam masyarakat dan ianya terpesong jauh dari apa yang dikehendaki oleh Islam. Oleh itu, menyambut dan melibatkan diri dengannya adalah diharamkan oleh Islam. Perhubungan Lelaki dan Wanita di Dalam Islam. Di Dalam Islam perhubungan lelaki dan wanita telah diatur secara jelas dan interaksi sesama mereka tidak dibangunkan berdasarkan denga merasangan naluri sexual antara satu dengan yang lainnya atau melihat antara satu dengan lainnya didalam bentuk pemuasan hawa-nafsu. Oleh itu aktiviti yang boleh membawa kepada pergaulan bebas dan intim diantara mereka mestilah diberhentikan. Setiap bentuk keakraban dan kegairahan diantara mereka hanya dihadkan kepada bentuk perhubungan yang benar, iaitu perkahwinan. Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; “Wahai para pemuda. Sesiapa sahaja dikalangan kamu yang mampu utnutk berkahwin maka berkahwinlah, kerana ia akan membantu kamu untuk menjaga pandanagan dan mengawal kemaluannya. Dan barang siapa tidak berkemampuan untuk berkahwin maka berpuasalah, kerana ia akan menjadi pelindung bagi kamu.” Penerapan Islam memastikan bahawa masyarakat yang dibangunkan bebas dari pergaulan bebas dan akan mempamerkan ketinggian kesedaran akhlak. Syariat Islam mengiktiraf keperluan dan naluri lelaki dan wanita dengan mensyariatkakan pernikahan. Institusi kekluargaan akan dilindungi dan diperkukuhkan dengan pengharaman perbuatan sumbang, perzinaan, pergaulan bebas antara jantina dan mengatur kod pakaian. Dengan hukum-hukum yang ada padanya, Islam akan menghalang dari sebarang kemungkinan kepada masyarakatnya untuk dijangkiti oleh penyakit masyarakat yang diakibatkan oleh pergaulan bebas sebagaimana yang dihidapi oleh masyarakat Barat. Allah SWT berfirman, “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al Israa’, ayat 3


ehsan dari:ukht permatabiru(http://puteripermatabiru.blogspot.com/)

syukron ya ukht atas kesudiannya bagi saye copypaste artikelnya....

wsalam...moga brmanfaat.