Wednesday, March 31, 2010

KERANA NILA SETITIK,ROSAK SUSU SATU KOLAM!!

ASSALAMUALAIKUM.......moga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera dan penuh keredhaannya......aminnnnnnnnnnnnnnnn..=)

Dalam post kali ini sye ingin minta maaf jika ada yang terasa hati .....tapi ini demi kesedaran semua......dan izinkan saya untuk meluahkan apa yang terbuku keras dihati ini...ia bukan kata-kata dendam mahupun kata-kata untuk melepaskan perasaan tapi kata-kata yang penuh makna juga nasihat...

Munkin nampak ringan pada sesetengah pihak,tapi bagi saya ia adalah hal yang serius!!
Ia mengenai segelintir mereka yang bertudung labuh...opppss!!cool down dulu......bukan untuk memburuk-burukkan kalian,tapi untuk kesedaran dan pada saya tiada niat untuk menguris hati kalian....dan saya tekankan sekali lagi...HANYA SEGELINTIR MEREKA YANG BERTUDUNG LABUH...

Biasanya apabila di"highlight"kan mengenai tudung labuh,ataupun mereka yang bertudung lebih labuh dari kebiasaannya,pastinya pandangan masyarakat akan turut berubah seiring perubahan tudung tersebut.

Perkara pertama yang akan terlintas difikiran apabila terserempak dengan mereka yang bertudung labuh adalah:

-perempuan ini perempuan yang baik,sopan santun dan tahu menjaga adab dirinya.

Namun sedarkah kita,dalam kebanyakan mereka bertudung labuh ini tidak semua yang akhlaknya sama dengan imej yang disampaikan.....segelintir mereka hanya mencurahkan dakwat hitam kemuka wanita-wanita lain.

Jangan merasa marah kepada saya kerana mengeluarkan kata-kata sebegini kerana ini demi kesedaran kalian.....walaupun bukan kalian yang berakhlak buruk itu,tapi munkin kawan-kawan atau kenalan kalian yang merosakkan imej tudung labuh.....jadi adalah tanggungjawab kalian untuk menegur dan menasihatinya,supaya jangan kerana nila setitik,susu satu kolam rosak.

Tentu kalian semua pernah mendengar kata-kata sebegini,"eleh,tak payah nak berlagak pakai tudung labuh la.Ingat semua yang pakai tudung labuh nie baik sangat ke?kadang tudung labuh nie lebih truk dari mereka yang tak bertudung!!"...pasti pernahkan?.....bagi yang pertama kali mendengarnya tentu panas hatinya...namun itulah hakikat yang sebenarnya...

Ada sesetengah mereka yang bertudung labuh nie berdating sana sini,bermesejan laki itu ini,ketawa berdekah dekah ditempat awam,berhuha-huha dengan lalaki bukan ajnabi,berkoling-koling,berkapelan islamik kononnya,gedik sana sini dan banyak lagi yang mana akhlak tersebut tidak langsung kena pada imej muslimah yang ditonjolkan.Padahal akhlak sama teruk saja dengan mereka yang bertudung kecil mahupun tidak bertudung.

Bila ditegur,anggap orang sebagai ingin tunjuk baik atau alim,padahal demi menjaga imej dan dirinya juga.Kalau tidak ditegur,bayangkan imej akhlak tudung labuh di zaman yang akan datang....munkin setaraf dengan mereka yang tidak berdudung!!

Sekarang pun imej tudung labuh sudah tercemar dengan mereka-mereka yang berimej tudung labuh,tapi akhlak buruk...apabila timbul masaalah seperti ini,pastinya orang lain yang mahu bertudung labuh,akan terbantut niatnya melihatkan akhlak wanita bertudung labuh yang tidak menjaga akhlaknya.

So demi menjaga imej tudung labuh nie,harap kalian yang tersedar dari lamunan mimpi sepat-cepatlah ubah diri..kerjasama untuk saling tegur menegur juga perlu dimainkan..
Tegur sesama muslim adalah amalan mulia..tegur dengan baik...
Jangan berdiam diri jika ada akhlak buruk yang ditonjolkan,walaupun kalian tidak mengenalinya,tegur lah dengan baik....

Jadikan ia sebagai pengajaran,post ini bukan nak tambah memburukkan kalian berimej tudung labuh,just kesedaran.


wallahu'alam.
wsalam (sumber daripada:www.iluvislam.com)

No comments:

Post a Comment