Wednesday, March 31, 2010

KERANA NILA SETITIK,ROSAK SUSU SATU KOLAM!!

ASSALAMUALAIKUM.......moga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera dan penuh keredhaannya......aminnnnnnnnnnnnnnnn..=)

Dalam post kali ini sye ingin minta maaf jika ada yang terasa hati .....tapi ini demi kesedaran semua......dan izinkan saya untuk meluahkan apa yang terbuku keras dihati ini...ia bukan kata-kata dendam mahupun kata-kata untuk melepaskan perasaan tapi kata-kata yang penuh makna juga nasihat...

Munkin nampak ringan pada sesetengah pihak,tapi bagi saya ia adalah hal yang serius!!
Ia mengenai segelintir mereka yang bertudung labuh...opppss!!cool down dulu......bukan untuk memburuk-burukkan kalian,tapi untuk kesedaran dan pada saya tiada niat untuk menguris hati kalian....dan saya tekankan sekali lagi...HANYA SEGELINTIR MEREKA YANG BERTUDUNG LABUH...

Biasanya apabila di"highlight"kan mengenai tudung labuh,ataupun mereka yang bertudung lebih labuh dari kebiasaannya,pastinya pandangan masyarakat akan turut berubah seiring perubahan tudung tersebut.

Perkara pertama yang akan terlintas difikiran apabila terserempak dengan mereka yang bertudung labuh adalah:

-perempuan ini perempuan yang baik,sopan santun dan tahu menjaga adab dirinya.

Namun sedarkah kita,dalam kebanyakan mereka bertudung labuh ini tidak semua yang akhlaknya sama dengan imej yang disampaikan.....segelintir mereka hanya mencurahkan dakwat hitam kemuka wanita-wanita lain.

Jangan merasa marah kepada saya kerana mengeluarkan kata-kata sebegini kerana ini demi kesedaran kalian.....walaupun bukan kalian yang berakhlak buruk itu,tapi munkin kawan-kawan atau kenalan kalian yang merosakkan imej tudung labuh.....jadi adalah tanggungjawab kalian untuk menegur dan menasihatinya,supaya jangan kerana nila setitik,susu satu kolam rosak.

Tentu kalian semua pernah mendengar kata-kata sebegini,"eleh,tak payah nak berlagak pakai tudung labuh la.Ingat semua yang pakai tudung labuh nie baik sangat ke?kadang tudung labuh nie lebih truk dari mereka yang tak bertudung!!"...pasti pernahkan?.....bagi yang pertama kali mendengarnya tentu panas hatinya...namun itulah hakikat yang sebenarnya...

Ada sesetengah mereka yang bertudung labuh nie berdating sana sini,bermesejan laki itu ini,ketawa berdekah dekah ditempat awam,berhuha-huha dengan lalaki bukan ajnabi,berkoling-koling,berkapelan islamik kononnya,gedik sana sini dan banyak lagi yang mana akhlak tersebut tidak langsung kena pada imej muslimah yang ditonjolkan.Padahal akhlak sama teruk saja dengan mereka yang bertudung kecil mahupun tidak bertudung.

Bila ditegur,anggap orang sebagai ingin tunjuk baik atau alim,padahal demi menjaga imej dan dirinya juga.Kalau tidak ditegur,bayangkan imej akhlak tudung labuh di zaman yang akan datang....munkin setaraf dengan mereka yang tidak berdudung!!

Sekarang pun imej tudung labuh sudah tercemar dengan mereka-mereka yang berimej tudung labuh,tapi akhlak buruk...apabila timbul masaalah seperti ini,pastinya orang lain yang mahu bertudung labuh,akan terbantut niatnya melihatkan akhlak wanita bertudung labuh yang tidak menjaga akhlaknya.

So demi menjaga imej tudung labuh nie,harap kalian yang tersedar dari lamunan mimpi sepat-cepatlah ubah diri..kerjasama untuk saling tegur menegur juga perlu dimainkan..
Tegur sesama muslim adalah amalan mulia..tegur dengan baik...
Jangan berdiam diri jika ada akhlak buruk yang ditonjolkan,walaupun kalian tidak mengenalinya,tegur lah dengan baik....

Jadikan ia sebagai pengajaran,post ini bukan nak tambah memburukkan kalian berimej tudung labuh,just kesedaran.


wallahu'alam.
wsalam (sumber daripada:www.iluvislam.com)

Monday, March 29, 2010

AMBIK LA HADIAH NIE SYE BAGI UNTUK AWAK^^

"Ambik la hadiah nie sye bg untuk awk sbagai tanda persahabatan kita"
hadiah adalah sesuatu pmberian kpd seseorng sbagai tnda trima kasih atau tnda mngingati atau selainnya juga..
Tapi ,apa pndangan kalian apabila seseorang wanita dan lelaki bukan mahram tu saling bertukar hadiah (melainkan hadiah pada hari prkahwinan/hadiah orang dari orng tua)...
lazimnya kita lihat ini adalah prkara yang sngat biasa...dan ia sesuatu yg baik..
yupp!!!btul tu......tapi hati ok ke?
trend skrng boleh dilihat memberi hadiah kpd bukan mahram adalah prkara yg trbiasa.
mustahil hati dan perasaan tak trgugat,maksud sye rasa cinta walaupun sedikit..
"just bagi hadiah untuk saling mngingati je....lagipun kami sahabat baik.."
kenapa sahabat baik msti brlainan jantina??
anda menolak trend berkapel...
anda benci prgaulan bebas...
tp brsahabat baik shingga saling tukar-menukar hadiah itu pn tidak dilarang dlm islam ke??
"sbagai tnda sahabat je,xlebih dari itu"
tp sedarkh anda bahawa anda telah berzina hati..
bagi hadiah untuk saling ingat mngingati,
bukankah yg layak diingati hanya ALLAH SWT??
lagi pn bila sahabat brlainan jntina itu mngingati seterusnya merindui anda...
dan anda juga mengingati then timbul rasa rindu..
disitu lahirlah dosa zina hati...
..............................................................................................................................................................
Trend nie pn xterlepas dari remaja-remaja yg brpndidikan agama yg tinggi,
padahal sudah tahu hukum,ttpi msih lg melakukannya..
ingatlah,niat xpernah menghalalkn cara....
jangan merasa bangga diri dengan didikan agama yang tinggi klau hukum juga dilanggari..
jngan memalukan agama dek kerana perbuatan kita..
hairankan kalian melihat budaya saling tukar menukar hadiah dikalangan bukan mahram tnpa tujuan...then bila dpt hadiah,balik rumah n trsenyum sorang-sorng dlm bilik sedang hati juga mula berkhayal tetang si pmberi hadiah tadi....nampak pelikkan..
niat trselindung tidak prnah nmpak,tapi hati selalu dibisik oleh bisikan syaitan.
anda kata mendakati zina adalah berdosa besar,tp saling tukar mnukar hadiah dgn bukan muhrim bukankah prkara yg mndekatkn diri dgn zina??
masih ingin melanggari hukum??

.......................................................................................................................................................
bersahabat adalah amalan yg sngt mulia.....
tetapi bukan untuk berlainan jantina dari kita...
biarlah sahabat baik itu adalah dari jantina yg sama kita..
dalam islam tiada hubungan yang akrab antara lelaki dan perempuan bukan muhrim melainkan hubungan suami isteri..
jangan merendahkan martabat kaum hawa,
jangan sampai lelaki berani untuk mempermainkan perasaan wanita,
kerana lelaki yang baik tidak munkin akan coba-coba untuk mendakati wanita tnpa tujuan.....
ALLAHUA'LAM

JIWAKU KACAU BILAU.

ASSALAMUALAIKUM...
lamenyer x update blog nie......adeiii,..nape ek zull......
entah la....
Sebenarnya kebelakangan nie fikiran btul2 berkecamuk....segala urat saraf bgaikan layu lemah sngt then dengan itu telah mncipta bahan letupan dibahagian kepala yg bagaikan ingin meletup!!
huhu...merepek lak..
kadang-kadang jiwa diuji dgn sesuatu yg tidak disangka-sangka atau sesuatu yg kita rasa x mampu untuk tempuhi,padahal sebenarnya kita mampu...Allah tidak akan memberi ujian kepada makhluknya yg tidak mampu untuk ditanggung oleh makhluknya..
just kesabaran menghadapinya..
Kini baru sye sedar bertapa lemahnya iman diri ku...ujianNYA benar-benar mnyedarkn diri ku yg lemah ini...
imanku yg terlalu nipis terbongkar....
then diri ini trfikir.....masih layakkah untuk menulis blog??sedang diri sendiri masih goyah.
tp ape2 pn,sye ttap ingin mnulis blog....sbb ingin mnyampaikn apa yang trbuku dihati tntng remaja-remaja n masyarakat skng...disamping mningkatkn keiman diri,ada baiknya sye mengajak kalian smua ek...
semuanya just ALLAH yg MAHA MENGETAHUI=)

Thursday, March 4, 2010

CINTA TU BUTA


Kerana cinta kita bahagia...
kerana cinta jugalah kita terseksa merana.....

Andai cinta itu dibetulkan jalannya dengan sempurna,dengan penuh ketakwaan dan keimanan+ikhlas dan mengikut syariat agama,maka cinta itu diredhai.

kalian tahu kan bahawa cinta antara bukan mahram setelah dinikahkan,maka itulah cinta yang diredhai.Dan ketahuilah dalam islam tiada istilah kapel atau kapel islamik.

Sebaliknya,jika cinta itu di'lorong'kan pada laluan yang jauh dari landasan agama,maka cinta itu tidak diredhai.Yang dimaksudkan itu adalah cinta kebanyakan remaja sekarang.tidak kurang juga mereka-meraka yang bercinta tanpa ikatan suci.

Cinta itu buta,maka ia tidak mengenal siapa yang dicintainya

cinta juga buta kerana tidak mengenal batas halal-haram,dimana kerana cinta,marauh tergadai tanda cinta!

Perlukah untuk menggadai maruah bukti cinta??

hanya perbuatan orang tidak bertamadun dan tidak beragama sahaja yang melakukan perbuatan sebegitu!

Andai benar-benar ikhlas cinta,maka aturkan langkah dan berusaha untuk bernikkah,bukan menyuruh untuk mengadai maruah tanda cinta.

Ada juga sesetengah pemikiran yang kurang warasnya mengatakan:

"ia bakal isteriku,maka tak salah la untuk aku merasainya dahulu"
"dah nak kahwin ni,buat r duru,bukan ape-ape pun"

"buat or*l je,tak pregnant pun"

ketahuilah ianya adalah pemikiran-pemikiran yang diracuni oleh syaitan,dan spesis-spesis pemikiran seperti inilah yang menghancurkan umat.Dan azab ALLAH itu tidak dapat digambarkan keperitannya...

Soal cinta,wanitalah yang banyak teranianyai,dari segi perasaan dan juga maruah diri.Wanita insan lemah dan dengan kelemahan inilah lelaki mengambil kesempatan untuk mengkhianati wanita.Pujuk rayu sang jantan mampu untuk melemahkan prinsip wanita.Dan tidak hairanlah banyak wanita yang kehilangan dara sebelum kahwin.


wanita,kau insan lemah,...
kuatlah diri mu dengan keimanan dan ketakwaan..
bentengkan diri mu dengan ketakwaanmu ada ALLAH..
moga ALLAH melindungimu dari godaan syaitan-syaitan

Ada segelintir lelaki yang bercinta hanya bertujuan untuk mendapatkan seks.Dan merekalah yang banyak merosakkan wanita yang baik-baik.

hai wanita yang baik-baik,usahlah kalian tertipu dangan kebaikan lelaki yang memujimu,
kerana baiknya munkin kepura-puraan,
pujiannya munkin perangkap untkmu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mula-mula bercinta,just msj je......mcm biase la mule-mule anta msj,

"awk dk wt pe?"

"pe kaba?"

da mkn ke?"

n mcm biase......sembang2 bende yg kecik-kecik,.....msj tnpa hala tuju....
then...
da knl seminggu,..
mula hnta msj berbunga-bunga,......
mesra-mesra...
tyme tu da xmalu ckp uzur xuzur....
Sal saiz baju....n mcm2...

bile da dkt sbulan biasenyer............
istilah lucah digunakan..
bongkar rhsia yg xpatut diceritakn pd bukan mahram.
bile dah agak biase.
ajak jumpa...
then bila slalu jumpa..
cari hotel murah.....

then?????

Bayangkan andai sedang melakukan kemunkaran itu,tiba-tiba ajal menjemput dengan tidak disangka-sangka,..

dan mati dalam keadaan yang sangat memalukan!!

nauzubillah.........bagaimanakah ingin berhadapan dengan ALLAH??

bahkan jika sedang melakukan kesalahan dan berhadapan dengan polis atau jpj,kita sudah terketar-ketar nk buang air....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kerana cinta,maruah tergadai,
kerana cinta,diri semakin seksi,
kerana cinta,kita hilang akal!!

dan kerana cinta juga,kita berubah menjadi baik,
kerana cinta kita menemui cahaya hidayah ALLAH,
kerana cinta kita bahagia.

kerana cinta kita bahagia dan sengsara.



HERDIKLAH DUNIA DAN
HARI-HARINYA......
IA HANYALAH MEMBAWA DUKA.
KEHAUSANNYA TIDAK PERNAH TERPENUHI,
TERUS SAJA INGIN MEMILIKI..
SUNGGUH MENGHAIRANKAN,
IA MUSUH TAPI DIRINDUKAN....
(IBNU BISAM)



KEPADA TEMAN-TEMANKU YANG SEDANG MENCARI-CARI CINTA....
USAHLAH TERPEDAYA DENGAN MANISNYA DUNIA JUGA MANISNYA CINTA TNPA IKATAN SUCI.
MUNKIN IA MANIS,NAMUN INGINKAH KALIAN MENEMPAH KESENGSARAAN DIHARI-HARI DEPAN KALIAN...
CINTA SEJATI YANG PASTI KALIAN HANYA PADA ALLAH S.W.T..
DAN SEBAIK-BAIK CINTA ADALAH PADA IBU-BAPA.
DAN CINTA YANG DIREDHAI ANTARA BUKAN MUHRIM ADALAH SELEPAS DINIKAHKAN.
DALAM ISLAM,TIADA ISTILAH KAPEL-KAPEL....ITU HANYA KEPALSUAN SEMATA.
USAH KALIAN BERMAIN-MAIN DENGAN HUKUM,
KERANA KALIAN BELUM PERNAH MERASAI AZAB ALLAH S.W.T.
MEMANG BENAR CINTA ITU DATANG TANPA DIMINTA,...
NAMUN KITA DIKURNIAKAN ANUGERAH TERBESAR IAITU AKAL.
GUNAKAN IA UNTUK MELAWAN NAFSUMU.
NAFSULAH MUSUHMU DALAM SEGALA HAL MU.


WASALAM

Tuesday, March 2, 2010

episod sengsaraku..

Ya ALLAH,KAU yang menciptakan jiwa dan perasaan,
KAUlah yang Maha Mengujinya,
aku insan lemah yang menghadapinya,
kini ku merasai yang ku yakini ia baru sedikit ujian dariMU.
namun cukup memberi kesan pada jiwaku...
lalu ia sengsara merasa pedihnya ujianMU,
menguji tahap keimananku.

Ya ALLAH,ujianMU mengajarku,
menambah ilmuku tentang kehidupan didunia indah ciptaanMU...
mengajarku erti kehilangan,
dan aku mula mempelajari perasaan benci dalam sayang,
dan rindu yang sengsara..
UjianMU juga mengajarku,
dan aku mula merasai kehilangan orang yang sangatku perlukan,
juga menyedarkan aku bertapa jahilnya diriku,
hanya menjadi duri dalam kebahagiaan orang lain...
penyibuk dalam segala halnya,
dan seorang budak kecik yang terhegeh-hegeh.

duniaku kini gelap,dan hanya tinggal satu tumpuan yang melalaikan hati,
air mataku kini banyak dibazirkan pada yang tidak layak,
aku kerap menciptakan senyuman palsu,
aku menciptakan daya tenaga yang kuat bersama jiwa yang lemah..
kiniku dengan ujianMU,
ku sedar siapa diriku,
insan yang lemah lagi jahil,
yang dahagakan kasih sayang,
yang masih lagi mencari-cari cahaya kebahagiaan.......

Ya ALLAH,aku bersyukur kerana aku insan terpilih untuk menghadapi ujianMU,
kerena aku dapat mengetahui dimana lemahnya aku,
akanku perbaiki supaya aku lebih tenang dihadapanMU kelak........