Thursday, July 7, 2011
BEREHAT SEMENTARA
Tuesday, September 14, 2010
TAHUN STPM,BANYAK BUSY...DISAMPING UJIAN.
Saturday, June 19, 2010

Jauh dari kesengsaraan jiwaku yg kian ku hadapi,
Tentang dunia yang bagaikan bukan tempatku,
Namun ku sedari siapalah aku untuk mndapat keistimewaan…..
Sepi dan sayu seluruh jiwaku,
Hanya tangisan hati tidak berbunyi yang merasaianya,
Mengharapkan ada sinaran bahagia yang akan tiba,
Namun benarkah,sedang awan mendung menutupi segalanya……
Hanya senyum mampuku ukirkan,
Sedang hatiku semakin resah gelisah,
Tentang perasaan yang tak siapa tahu,
Dan kesedihan hati yang menjadi rahsia
Hanya dasar jiwa yang menceritakan segalanya,
Tentang derita yang mencengkam hati,
juga tentang sakitnya perasaan yang mengharapkan kebahagiaan,
Yang kini bagaikan impian palsu semata…..
Hanya ALLAH mampu mengubah segalanya,
KepaduMu aku bersujud,dan ku menitiskan air mata kesedihan dan kepedihan,
Mengharapkan ketabahan pada diriku menghadapi segalanya,Biarlah dunia sengsara buatku,namun berikanlah aku nikmat syurgaMU YA ALLAH………
Friday, June 18, 2010
tuDUngmu MUSlimah....

Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Wednesday, May 5, 2010
menJAGA HATi

Assalamualaikum…..moga dalam sihat sejahtera keatas semuanya dan juga didalam naungan rahmatNYA…
Kasihan pada kita sendiri apabila kita terpaksa untuk melawan dengan tuntutan hati yang kadang kala begitu menyeksakan. Hati manusia yang penuh dengan keinginan,tambahan pula kita diciptakan dengan nafsu. Ramai yang terkandas dalam memperjuangkan kebersihan hati dari ternoda oleh tuntutan nafsu. Kadang-kala kelalaian yang menyebabkan kita lupa akan peraturan-peraturan hidup yang diciptakan oleh PENCIPTA YANG MAHA ESA.
CINTA adalah fitrah semulajadi yang diciptakan oleh ALLAH,begitu juga fitrah manusia yang mengakui adanya ALLAH. Ianya adalah sifat semulajadi yang diciptakan oleh ALLAH,dan kita tidak berhak untuk menidakkannya..
Namun ia bukan alasan untuk kita bercinta tanpa ikatan pernikkahan. Cinta adalah fitrah bukan untuk dituruti segala kehendaknya,namun untuk dijaga kesuciannya. Kehadiran juga sebagai ujian untuk kita,untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH,yakni PENCIPTA NALURI CINTA itu sendiri….
Bila diri telah dikuasai rasa cinta yang tersangat,ia mampu mengubah diri,imej, dan perlakuan…yang tak pernah-pernah rajin ke sekolah,kini rajin ke sekolah kerana ada seseorang yang yang dicintainya disekolah. Yang dulunya seorang gangster,kini menjadi seorang yang prihatin. Yang dahulunya seorang yang miskin berubah menjadi kaya,kerana cinta juga.
Benarlah, cinta mampu mengubah seseorang…..tapi bagaimana pula cinta yang menjadikan seseorang itu lebih lalai???hmmm……bila mencintai seseorang,kita bagaikan menaruh harapan yang tinggi,dan takut akan kehilangannya. Lalu kita melakukan apa sahaja untuk menarik perhatiannya. Alhamdulillah jika kerana mencintainya prestasi pelajaran kita semakin meningkat,akhlak semakin baik dan semuanya bertambah baik. Tapi bagaimana pula kerana mencintainya semuanya menjadi kian merosot??jangan kerana mencintainya kita pasang sejuta ratus khayalan dan impian yang tidak logik sedangkan kita hanya berkata cinta tanpa mentarbiyyahkan diri.
Jadikan naruri cinta ini sebagai tarbiyyah untuk diri sendiri,jauhi mana yang bertentangan dengan akhlak tidak baik. Letakkan dihati bahawa ALLAH SWT adalah cinta pertama dan utama,kedua cinta pada Rasulullah saw,ketiga ibu bapa dan keempat suami/isteri…jagan biarkan cinta lain mengambil posisi cinta utama itu,dan posisi-posisi cinta yang sepatutnya.
Kebanyakan diantara kita,bila mencintai seseorang,kita lupa akan kesopanan dan adab-adab islam sebenar. Pergaulan tidak menentu hala,borak antara bukan mahram dengan penuh galak….kadang kala lupa akan kopiah dikepala,yang perempuan pula,lupa akan imej islamik yang ditonjolkan. Banyak diantara kita yang ber’gewe’ tanpa sedari batas-batas pergaulan….berkapel dah la satu kesalahan,berdating,jumpa sana sini,menambahkan lagi kemurkaan ALLAH. WAHAI TEMAN YANG KU SAYANGI SEKALIAN,DALAM ISLAM ITU TIADA ISTILAH KAPEL/KAPEL ISLAMIK.
Cara berkawan antara lelaki dan perempuan juga berbatas, munkin ada diantara kita yang melebelkan hubungan kawan nie sebagai ‘ukhwah islamik’….alhamdulillah jika ia benar-benar islamik.
Ukhwah islamik antara bukan mahram itu berbatas juga seperti yang ditetapkan oleh syariat. Kalau sekadar berbual kosong antara bukan mahram,tanpa tujuan,berkata-kata manjaan,ketawa berdekah-dekah,tersenyum-senyum penuh makna lalu melunakkan suara, adakah itu islamik?????
Seorang perempuan mahu meminjam buku dengan kawan lelaki sebelum itu seharusnya cari dahulu teman sejantina yang ada buku yang ingin dipinjam itu. Jika tiada,cari dahulu sesiapa yang sejantina untuk meminjam buku yang diingini itu…jika tiada juga,kerana terpaksa barulah cari teman lelaki untuk meminjam buku…sbelum tu tetapkan niat dahulu,”ingin pinjam buku,bukan ingin menonjolkan diri padanya”..
Hati wanita penuh kehalusan kasih sayang yang setia,mudah juga tergoda…lelakilah yang selalu mengambil kesempatan atas naluri wanita ini,demi memenuhi tuntutan nafsu….tidak kurang juga bertapa ramai wanita yang kecundang dibawah pengaruh cinta nafsu lelaki durjana ini.
Kasihan juga bila melihat wanita yang baik-baik dikhianati sebegitu rupa,kerana ceteknya iman dan tidak berfikir panjang,maka tergelincirlah wanita yang baik-baik tadi kelembah kejahilan..sesuatu penyesalan yang menyakitkan…..
Kerana cinta,telinga ditulikan daripada nasihat-nasihat teman yang kasihankan kita. Kerana cinta teman yang memberi nasihat tadi dijauhi…..padahal kita tidak sedar bahawa kita berada dalam kebodohan cinta.
Menjaga hati itu memang payah,setiap manusia itu lemah dan sering melakukan kesilapan…dan manusia yang paling beruntung itu adalah manusia yang bangkit dari kesilapan,dan mengambil nasihat sebagai renungan dan berubah kepada yang lebih baik. Jangan merasa bangga dengan belajar agama jika semua yang dipelajari itu tidak digunakan dalam hidup. Andai sedar dari kesilapan,tinggalkanlah keegoaan kita supaya kita tidak hidup dalam kepura-puraan lagi….dunia itu kehidupan yang sebentar sahaja,tempat untuk mengumpul bekal ketakwaan dan ketaatan kepada ALLAH..akhiratlah yang menanti kelak….semakin hari itu,semakin hampir dengan hari akhir kita. Biarlah didunia kita berpayah sedikit,asal diakhirat kita mendapat keDAMAIAN yang ABADI……=)
WSALAM………
Wednesday, April 28, 2010
taubatLAH kembali
.jpg)
Jahatnya lelaki yang menghasut wanita,lalu diperdayakan wanita itu untuk memuaskan nafsu. Demi kepentingan diri,masa depan wanita itu tidak dipedulikan. Dan kerana lemahnya iman,wanita itu tidak berfikir panjang,lalu tergoda lah dengan janji manis lelaki itu. Semuanya kerana nafsu.
Selapas nafsu telah dipenuhi,wanita yang sengsara penuh penyesalan dan penuh pengharapan tanggungjawab dari lelaki yang merosakkan dirinya telah meninggalkan dirinya tanpa rasa sedikit pun rasa bersalah. Katanya “engkau wanita jalang,dan mustahil menjadi isteriku”,”aku tidak dapat menjamin kesetiaan engkau kepadaku,kerana engkau terlalu mudah untuk menyerah maruahmu,tidak mustahil selepas kahwin denganku, engkau belot padaku!!!”…..walhal semuanya mempunyai sifat buruk yang sama sahaja.
Kerana tidak kukuhnya iman dan cinta pada ALLAH,tuntutan hati dan nafsu diikuti satu persatu tanpa memikirkan hari-hari yang akan datang. Maruah diketepikan begitu sahaja. Hari-hari gelap yang bakal ditempuhi langsung tidak difikirkan. Then akhirnya timbul penyesalan yang amat sangat-sangat..jalan paling baik untuk golongan ini ialah bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya… ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN.
JADIKAN HARI LALU SEBAGAI PENGAJARAN……jadikan kejahilan masa lalu sebagai peringatan untuk menempuhi hari-hari yang akan datang. Kuatkan diri dengan cinta ALLAH. Dan jauhi pergaulan bebas dan juga daripada lelaki yang pernah rosakkan kita kecuali dia juga dalam kesedaran,maka sedarkanlah dia mengikut batas-batas.
USAH TERUS BERPALING MELIHAT HARI-HARI LALU kerana munkin perasaan dan tujuan berubah…munkin kepada dendam atau rindu,melainkan ia untuk tujuan mentarbiyyahkan diri.
MERENUNGI KASIH SAYANG ALLAH…….ALLAH SWT telah memberi hidayah kepada kita untuk berubah,jadikan kasih sayangnya sebagai cinta ALLAH yang kuat untuk teruskan hidup. Orang –orang yang diberi hidayah adalah golongan yang sangat beruntung kerana tidak semua yang dapat kesedaran ini, jadi gunakan kesedaran ini sebaik-baik munkin supaya hati tidak lagi terjebak dengan masa lalu.
DUNIA HANYA SEMENTARA,DAN AKHIRAT ITU SELAMANYA….jika didunia kita ingkari segala perintah ALLAH,mustahil kita dapat kebahagiaan diakhirat,jadi jagalah hati dan pertahankan maruah.
JANGAN TERLALU SALAHKAN DIRI,kerana munkin akan timbul perasaan putus asa dan hilang semangat untuk teruskan hidup. Ingatlah bahawa ALLAH itu MAHA PENGASIH dan segala keperitan hidup itu satu ujian untuk kita…..”patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata”kami beriman;sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?”-surah AL-‘ANKABUUT,AYAT 2….
DAN BERUBAHLAH,SELAMLAH DALAM KEHIDUPAN DENGAN PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH,kerana jika agama dijadi pegangan hidup yang kukuh,maka terlindunglah kita dari kemunkaran. Jadikan kehidupan baru ini dengan penuh kesabaran dan jiwa rohaniyah yang mantap. Pedulikan kisah masa lalu dan jangan terlalu merasa hina kerana masa lalu, sesungguhnya ALLAH menyanyangi orang yang berdiri dijalan kebenaran dan yang ingin berubah ke arah kebaikkan. Munkin susah untuk merubah dan banyak ujian untuk ditempuhi,namun bersabarlah…….sesungguhnya syurga itu adalah kehidupan yang tersangat indah…tidak rindukah kita pada syurga??
Wahai wanita,ciptaanmu seindah bidadari,kau adalah tulang belakang pada lelaki,usahlah merandah-rendahkan maruahmu semata-mata hanya untuk tuntutan nafsu lelaki iblis. Kerana tingginya martabat wanita itu terletak pada budi perketi dan maruah. Pertahankan maruahmu. Lindungi kulitmu dari disentuh oleh bukan mahram. Jaga auratmu supaya tiada mata syaitan memandangmu penuh syawat. Rendahkan suaramu supaya tiada geseran nafsu. Dan penjaralah nafsumu supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat………sesungguhnya, RASULULLAH SAW pasti sedih melihat keadaan umat islam sekarang.
Wsalam………………………
Friday, April 16, 2010
TaG.aWArD=D

ASSALAMUALAIKUM......,moga smua dalam kesejahteraan dan sehat2 yea...huhu
alhamdulillah,first time blog sye dpt award tanpa disangka-sangka...time kasih kepada tuan punya blog http://taniameow.blogspot.com/ atas perhargaannya......
pertama kali sye memohn maaf sbb lmbat kuarkn post tntng award nie....mklum la,xpandai nk buat....huhu...
moga kehdiran blog nie dpt sedikit sbanyak memberi pngetahuan dan pengajaran...blog ini juga untk mngupas isu-isu remaja atau akhlak ramaja masa kini yg benar-benar serius. dan munkin juga kekeliruan hukum,insyaalah dgn bntuan-bntuan buku atau akhi2 dan ukhty2 yg sudi menerang hukum sbenar akan sye terangkan melalui blog daif ini...insyaallah.
dan masa untuk mnjawab tag.............erkk!!
TAG
1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu
-Beli surat khabar
-sarapan pagi
-parking moto-
masuk cc......huhu
2.2jam yang lalu?
-g pusat latihan memandu.......lesen yang xsudah-sudah!!!!!aaaaaaaaaaaa!!!
3. Anda suka
~ baca artikel
-baca novel
-minum MILO!!
-dk tempat sunyi sambil cari ilham.....tenangkan diri ditempat jauh dari orang ramai
-nasihat sambil membetulkan diri sendiri
-buat puisi sendiri....
4. Minggu lepas~
minggu lepas berniaga kt majlis konvesyen kt politeknik..huhu,pengalaman yang menarik!walaupun tak pandai berniaga.....hihi
5. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali~
-kamikaze(luhur)
-asma'u ALLAH
-last breath....
6. 3 binatang yang anda suka~
-kucing!!!!!
-arnab
-dan hamster n semua binatang atas dunia nie trmasuk cakerawala....hmm
7. 10 fakta tentang anda ~
-hmmm,pendiam
-slalu nk habiskan keje,susah nk berhenti lau belum siap....
-mudah tersinggung kot.
-suka pada keseniaan.
-suka termenung.
-suka menggambarkan perasaan pada lukisan walaupun lukisan hudoh....huhu
-selalu ingin memahami orang.
-redha bila orang bercerita tentang keburukan.
-berusaha untuk menjadi seorang muslim sejati....andai ssiapa melihat kecelaan diri ini,sudi2 la menegur yea...insyaalah sye dpt mnerima teguran dengan baik.
-mudah penat!!!
~8. Tahun depan mungkin~
-perlu untuk belajar bersungguh2,dan belajar lebih berdikari untuk menempuhi hari2 dan cabaran2 yang akan datang....
-tahun depan pasti hari semakin suntuk!!
-hari kiamat semakin hampirrrrrrr!!!
-sye bertambah tua.....hihi
9. Saya takut~
-hidup tidak diredhai ALLAH,NAUZUBILLAH....
-takut seandainya ada orng yg trasa hati dek perbuatan sye
-takut masa dpn gelap
-dan takut mati dalam keadaan su'ul khatimah....nauzubillah!!!!!
-takut andai hati berpaling dari kebenaran......."Ya ALLAH,lindungilah hatiku dan peliharalah hatiku moga tidak berpaling darimu,sesungguhnya KAU yang maha menterbalikkan hati dan KAU juga yang maha melindungi hati".......
10. Kalau anda sudah berkahwin , apa yang anda mahu lakukan dengan suami/isteri anda~
-sye xkawen lagi,jd soalan nie bukan untuk sye..huhu.,yg pasti ingin menuju kebahagiaan dunia dan akhirat....
11. Kawan saya~
banyak...................................!!
-semuanya sye sayang..
12. Saya ada~
-sye ada cinta sejati..
-sye ada semua keperluan yang ALLAH bagi,syukur alhamdulillah.....klau nk difikirkan kekurangan itu mybe ujian dari ALLAH,...ada yang lebih sengsara lagi....lihatlah ke bumi palestine..hmmm
13. Saya seorang~
manusia.
14. Adik saya~
ada seorang adik yang suka berbahas bab agama,best.....seorang yang tegas dengan pendirian dan agak penyanyang kot....erkkk!!xleyh puji lebih-lebih nie!!
15. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 5)~
-melukis\minat sendiri-maen bola
-maen game
-baca novel
-perintah ALLAH
16. Bilakah pertama kali anda bercinta?
pada 8hb feb 1992.....kali pertama melihat wajah ibu,hatiku terus trtaut dengan keindahan wajah ibu...dan ayah yang selalu ingin yang trbaik untk keluarga kami..
17. Perkara yang selalu orang pelik tentang anda~
-selalu berdiam diri
-senyap bila orang cari pasal,ye ke?...ye kot...hihi
18. Perkara yang selalu orang percaya tentang anda~
-ntah la......no comment
19. Saya rindu~
-ALLAH
-SYURGA
-KEDAMAIAN,KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN...
20. Saya tak sabar~
-tak sabar untuk mendapat kejayaan!!!!insyaallah....
21. 5 laman yang anda selalu layari:~
-banyak sangat.......xdapat disenaraikan,huhu..maaf ya...
22.siapa yang anda mahu tag?
-http://matbinli.blogspot.com/
-http://wardahaftiey.blogspot.com/
-http://nurkasihdia.blogspot.com/
tu je kot.....huhu
sekian sudah dapat jawab smua soklan....huhu,maaf sbb ambk masa yang lama untuk mnjawab semua soalan...first time...hihi.
sekali lagi syukron atas pebghargaannya keatas blog daif ini.........
wsalam=)

.jpg)
