Sunday, February 21, 2010

bangkitlah pejuangku


Bangkitlah anak-anak Palestine,
tegakkan maruah bangsamu,
dan juga agama kita..
pertahankan masjidil Aqsaa,
kerana ia lambang kekuatan kita..

Biarlah dan bersabarlah,
kerana negara Islam disekeliling negaramu tidak membantu,
jangan mengalah wahai pejuang fi sabilillah..
ALLAH menjanjikn syurga untukmu yang terkorban.
dan roh mu akan berterbangan disyurga..

wahai anak-anak palestine,
setiap detik,
setiap saat,
kamu menempuh datik-detik sengsara...
sedang kami disini tidak merasainya,
tidak dapat kubayangkn keperitan hidupmu wahai anak-anak palestine,
hanya doaku buatmu....

Dihadapan matamu terjadi peristiwa ngeri
kau ditampar,
kau ditendang,
ibu ayahmu dibunuh kejam..
memori hitam itu menusuk ingatanmu,
membuakkan rasa bencimu pada rejim zionis!!

kau tidak bersenjata,
sedangkan tentera yahudi cukup lengkap bersenjata canggih,
untuk membunuhmu.......
namun kau tidak gentar,
kerana istilah JIHAD menjadi pegangan dalam perjuanganmu..
malah seketul batu dari balinganmu cukup mengerunkan tentera yahudi!!

Hidupmu penuh kesengsaraan...
ia tidak bermakna untuk selamanya..
syurga impian menantimu..
disitu,tamatlah segala penderitaanmu..
kebahagiaan yang terindah untuk selamanya..

No comments:

Post a Comment