Assalamualaikum…..moga dalam sihat sejahtera keatas semuanya dan juga didalam naungan rahmatNYA…
Kasihan pada kita sendiri apabila kita terpaksa untuk melawan dengan tuntutan hati yang kadang kala begitu menyeksakan. Hati manusia yang penuh dengan keinginan,tambahan pula kita diciptakan dengan nafsu. Ramai yang terkandas dalam memperjuangkan kebersihan hati dari ternoda oleh tuntutan nafsu. Kadang-kala kelalaian yang menyebabkan kita lupa akan peraturan-peraturan hidup yang diciptakan oleh PENCIPTA YANG MAHA ESA.
CINTA adalah fitrah semulajadi yang diciptakan oleh ALLAH,begitu juga fitrah manusia yang mengakui adanya ALLAH. Ianya adalah sifat semulajadi yang diciptakan oleh ALLAH,dan kita tidak berhak untuk menidakkannya..
Namun ia bukan alasan untuk kita bercinta tanpa ikatan pernikkahan. Cinta adalah fitrah bukan untuk dituruti segala kehendaknya,namun untuk dijaga kesuciannya. Kehadiran juga sebagai ujian untuk kita,untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH,yakni PENCIPTA NALURI CINTA itu sendiri….
Bila diri telah dikuasai rasa cinta yang tersangat,ia mampu mengubah diri,imej, dan perlakuan…yang tak pernah-pernah rajin ke sekolah,kini rajin ke sekolah kerana ada seseorang yang yang dicintainya disekolah. Yang dulunya seorang gangster,kini menjadi seorang yang prihatin. Yang dahulunya seorang yang miskin berubah menjadi kaya,kerana cinta juga.
Benarlah, cinta mampu mengubah seseorang…..tapi bagaimana pula cinta yang menjadikan seseorang itu lebih lalai???hmmm……bila mencintai seseorang,kita bagaikan menaruh harapan yang tinggi,dan takut akan kehilangannya. Lalu kita melakukan apa sahaja untuk menarik perhatiannya. Alhamdulillah jika kerana mencintainya prestasi pelajaran kita semakin meningkat,akhlak semakin baik dan semuanya bertambah baik. Tapi bagaimana pula kerana mencintainya semuanya menjadi kian merosot??jangan kerana mencintainya kita pasang sejuta ratus khayalan dan impian yang tidak logik sedangkan kita hanya berkata cinta tanpa mentarbiyyahkan diri.
Jadikan naruri cinta ini sebagai tarbiyyah untuk diri sendiri,jauhi mana yang bertentangan dengan akhlak tidak baik. Letakkan dihati bahawa ALLAH SWT adalah cinta pertama dan utama,kedua cinta pada Rasulullah saw,ketiga ibu bapa dan keempat suami/isteri…jagan biarkan cinta lain mengambil posisi cinta utama itu,dan posisi-posisi cinta yang sepatutnya.
Kebanyakan diantara kita,bila mencintai seseorang,kita lupa akan kesopanan dan adab-adab islam sebenar. Pergaulan tidak menentu hala,borak antara bukan mahram dengan penuh galak….kadang kala lupa akan kopiah dikepala,yang perempuan pula,lupa akan imej islamik yang ditonjolkan. Banyak diantara kita yang ber’gewe’ tanpa sedari batas-batas pergaulan….berkapel dah la satu kesalahan,berdating,jumpa sana sini,menambahkan lagi kemurkaan ALLAH. WAHAI TEMAN YANG KU SAYANGI SEKALIAN,DALAM ISLAM ITU TIADA ISTILAH KAPEL/KAPEL ISLAMIK.
Cara berkawan antara lelaki dan perempuan juga berbatas, munkin ada diantara kita yang melebelkan hubungan kawan nie sebagai ‘ukhwah islamik’….alhamdulillah jika ia benar-benar islamik.
Ukhwah islamik antara bukan mahram itu berbatas juga seperti yang ditetapkan oleh syariat. Kalau sekadar berbual kosong antara bukan mahram,tanpa tujuan,berkata-kata manjaan,ketawa berdekah-dekah,tersenyum-senyum penuh makna lalu melunakkan suara, adakah itu islamik?????
Seorang perempuan mahu meminjam buku dengan kawan lelaki sebelum itu seharusnya cari dahulu teman sejantina yang ada buku yang ingin dipinjam itu. Jika tiada,cari dahulu sesiapa yang sejantina untuk meminjam buku yang diingini itu…jika tiada juga,kerana terpaksa barulah cari teman lelaki untuk meminjam buku…sbelum tu tetapkan niat dahulu,”ingin pinjam buku,bukan ingin menonjolkan diri padanya”..
Hati wanita penuh kehalusan kasih sayang yang setia,mudah juga tergoda…lelakilah yang selalu mengambil kesempatan atas naluri wanita ini,demi memenuhi tuntutan nafsu….tidak kurang juga bertapa ramai wanita yang kecundang dibawah pengaruh cinta nafsu lelaki durjana ini.
Kasihan juga bila melihat wanita yang baik-baik dikhianati sebegitu rupa,kerana ceteknya iman dan tidak berfikir panjang,maka tergelincirlah wanita yang baik-baik tadi kelembah kejahilan..sesuatu penyesalan yang menyakitkan…..
Kerana cinta,telinga ditulikan daripada nasihat-nasihat teman yang kasihankan kita. Kerana cinta teman yang memberi nasihat tadi dijauhi…..padahal kita tidak sedar bahawa kita berada dalam kebodohan cinta.
Menjaga hati itu memang payah,setiap manusia itu lemah dan sering melakukan kesilapan…dan manusia yang paling beruntung itu adalah manusia yang bangkit dari kesilapan,dan mengambil nasihat sebagai renungan dan berubah kepada yang lebih baik. Jangan merasa bangga dengan belajar agama jika semua yang dipelajari itu tidak digunakan dalam hidup. Andai sedar dari kesilapan,tinggalkanlah keegoaan kita supaya kita tidak hidup dalam kepura-puraan lagi….dunia itu kehidupan yang sebentar sahaja,tempat untuk mengumpul bekal ketakwaan dan ketaatan kepada ALLAH..akhiratlah yang menanti kelak….semakin hari itu,semakin hampir dengan hari akhir kita. Biarlah didunia kita berpayah sedikit,asal diakhirat kita mendapat keDAMAIAN yang ABADI……=)
WSALAM………