Jahatnya lelaki yang menghasut wanita,lalu diperdayakan wanita itu untuk memuaskan nafsu. Demi kepentingan diri,masa depan wanita itu tidak dipedulikan. Dan kerana lemahnya iman,wanita itu tidak berfikir panjang,lalu tergoda lah dengan janji manis lelaki itu. Semuanya kerana nafsu.
Selapas nafsu telah dipenuhi,wanita yang sengsara penuh penyesalan dan penuh pengharapan tanggungjawab dari lelaki yang merosakkan dirinya telah meninggalkan dirinya tanpa rasa sedikit pun rasa bersalah. Katanya “engkau wanita jalang,dan mustahil menjadi isteriku”,”aku tidak dapat menjamin kesetiaan engkau kepadaku,kerana engkau terlalu mudah untuk menyerah maruahmu,tidak mustahil selepas kahwin denganku, engkau belot padaku!!!”…..walhal semuanya mempunyai sifat buruk yang sama sahaja.
Kerana tidak kukuhnya iman dan cinta pada ALLAH,tuntutan hati dan nafsu diikuti satu persatu tanpa memikirkan hari-hari yang akan datang. Maruah diketepikan begitu sahaja. Hari-hari gelap yang bakal ditempuhi langsung tidak difikirkan. Then akhirnya timbul penyesalan yang amat sangat-sangat..jalan paling baik untuk golongan ini ialah bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya… ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN.
JADIKAN HARI LALU SEBAGAI PENGAJARAN……jadikan kejahilan masa lalu sebagai peringatan untuk menempuhi hari-hari yang akan datang. Kuatkan diri dengan cinta ALLAH. Dan jauhi pergaulan bebas dan juga daripada lelaki yang pernah rosakkan kita kecuali dia juga dalam kesedaran,maka sedarkanlah dia mengikut batas-batas.
USAH TERUS BERPALING MELIHAT HARI-HARI LALU kerana munkin perasaan dan tujuan berubah…munkin kepada dendam atau rindu,melainkan ia untuk tujuan mentarbiyyahkan diri.
MERENUNGI KASIH SAYANG ALLAH…….ALLAH SWT telah memberi hidayah kepada kita untuk berubah,jadikan kasih sayangnya sebagai cinta ALLAH yang kuat untuk teruskan hidup. Orang –orang yang diberi hidayah adalah golongan yang sangat beruntung kerana tidak semua yang dapat kesedaran ini, jadi gunakan kesedaran ini sebaik-baik munkin supaya hati tidak lagi terjebak dengan masa lalu.
DUNIA HANYA SEMENTARA,DAN AKHIRAT ITU SELAMANYA….jika didunia kita ingkari segala perintah ALLAH,mustahil kita dapat kebahagiaan diakhirat,jadi jagalah hati dan pertahankan maruah.
JANGAN TERLALU SALAHKAN DIRI,kerana munkin akan timbul perasaan putus asa dan hilang semangat untuk teruskan hidup. Ingatlah bahawa ALLAH itu MAHA PENGASIH dan segala keperitan hidup itu satu ujian untuk kita…..”patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata”kami beriman;sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?”-surah AL-‘ANKABUUT,AYAT 2….
DAN BERUBAHLAH,SELAMLAH DALAM KEHIDUPAN DENGAN PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH,kerana jika agama dijadi pegangan hidup yang kukuh,maka terlindunglah kita dari kemunkaran. Jadikan kehidupan baru ini dengan penuh kesabaran dan jiwa rohaniyah yang mantap. Pedulikan kisah masa lalu dan jangan terlalu merasa hina kerana masa lalu, sesungguhnya ALLAH menyanyangi orang yang berdiri dijalan kebenaran dan yang ingin berubah ke arah kebaikkan. Munkin susah untuk merubah dan banyak ujian untuk ditempuhi,namun bersabarlah…….sesungguhnya syurga itu adalah kehidupan yang tersangat indah…tidak rindukah kita pada syurga??
Wahai wanita,ciptaanmu seindah bidadari,kau adalah tulang belakang pada lelaki,usahlah merandah-rendahkan maruahmu semata-mata hanya untuk tuntutan nafsu lelaki iblis. Kerana tingginya martabat wanita itu terletak pada budi perketi dan maruah. Pertahankan maruahmu. Lindungi kulitmu dari disentuh oleh bukan mahram. Jaga auratmu supaya tiada mata syaitan memandangmu penuh syawat. Rendahkan suaramu supaya tiada geseran nafsu. Dan penjaralah nafsumu supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat………sesungguhnya, RASULULLAH SAW pasti sedih melihat keadaan umat islam sekarang.
Wsalam………………………